Monday, October 31, 2011

Aku kecewa di Kuala Kangsar Jamboree...

Seawal 5 pagi lagi aku, Yus, Rizal dan adiknya bertolak dari rumah ke Kuala Kangsar bagi menyertai Kuala Kangsar MTB Jamboree Bandar Diraja. Semangat pagi ini lain sikit maklumlah bakal berkayuh dengan ribuan peserta sukan MTB dari seluruh Malaysia. Sesampainya kami di perkarangan Arena Square Kuala, kelihatan para rider sedang sibuk menyiapkan basikal masing-masing. Sekali-sekala beberapa kumpulan riders melintas di hadapan dan belakang kami menjadikan suasana kelihatan sibuk. Sampai saja di tempat perlepasan kelihatan beribu riders sedang menunggu saat dilepaskan. Semangat ketika itu sangat tinggi. Terdengar pengumuman dari penganjur bahawa pelepasan kali pertama adalah kayuhan mengelilingi pekan Kuala Kangsar bersama VIP namun semasa berkayuh itu disebabkan peserta yang ramai dan jalan tidak dibuat searah ditambah lagi dengan tiada penunjuk arah maka keadaan menjadi kelam kabut. Ada yang meneruskan kayuhan mendaki Bukit Candan dan ada yang berhenti dan berpatah balik. Kata-kata busuk dari peserta yang hilang sabar mula kedengaran. Sepatutnya ada pelepasan kedua tetapi ianya tidak berlaku kerana keadaan kelam kabut tadi menyebabkan pihak penganjur seperti hilang kawalan. Maka riders2 pun terus sahaja memulakan kayuhan tanpa ada wisel pelepas yang rasmi. ( ini bab permulaan ).

Photobucket
Bergaya sedikit setelah bersiap sedia..

Photobucket
Hariss, Yus dan Rizal..riders  CMY Cycling Club

Photobucket
Menunggu saat pelepasan..

Photobucket
Antara wajah2 para riders...

Semasa di dalam trek offroad bukit yang didaki sangat mencabar tetapi disebabkan riders terlalu ramai, aku tidak dapat melayan bukit dengan baik. Ada sesetengah bahagian bukit yang aku dapat kayuh dan memang best berkayuh layan bukit barulah Mountainbike namanya. Daripada naik bukit turun bukit sampailah ke checkpoint 1, apa yang aku dapati air diberi dalam cawan kecil sahaja aku ingatkan dalam botol dan ini menyebabkan perancangan aku gagal. Aku tidak membawa bag air kerana menyangkakan akan ada bekalan air dalam botol di setiap check point. Kini aku meneruskan kayuhan berbekalkan air dalam botol aku sahaja. Laluan seterusnya menempuh bendang, kampung dan mendaki bukit kembali. Seterusnya memasuki hutan getah. Pada ketika ini aku dah mula hairan kerana masih tidak bertemu check point kedua, kayuh dan kayuh akhirnya tembus semua ke jalan raya. Sehingglah sampai ke garisan penamat, pihak penganjur pun mencatatkan yang aku antara peserta yang ke 598 riders yang telah sampai. Aku telah diberikan medal mas. Aku hubungi Yus dan Rizal masing-masing masih tidak sampai lagi. Akhirnya aku dapat tahu yang aku salah trek. Nak kata aku sorang tak juga sebab didepan dan belakang aku ramai juga riders ikut trek yang sama. Aku dah mula rasa kecewa dan hampa. Keghairahan waktu mula tadi terus hilang. Bayangkan orang lain buat kayuhan 55km aku buat 30++km sahaja. Betapa kecewanya aku, no 598 yang tercatat di plate basikal aku seperi tidak berguna. Perkara ini mungkin terjadi disebabkan pihak penganjur tidak menyediakan penunjuk arah yang baik. Malah ada yang kata disebabkan satu laluan telah dipenuhi dengan tebuan maka pihak penganjur telah mengubah arah laluan. Aku balik ke Batu Gajah dengan hati yang kecewa. Teramat kecewa.
Photobucket
Bukit pertama yang harus ditempuhi...

Photobucket
Ketika permulaan semua riders masih tersenyum

Photobucket
Ini pun daki bukit juga...

Hari ni aku buka kembali blog Kuala Kangsar Jamboree dan aku dapati bukan aku sahaja yang tidak puas hati malah ramai lagi yang tdak puas hati. Apa2 pun ini pengalaman buat aku. Aku harap semangat ini tidak luntur kerana inilah satu2nya sukan yang aku sertai dengan minat yang tinggi. Kepada pihak penganjur jika terbaca blog aku ini kelemahan mungkin berpunca dari perancangan dan kekurangan kru. Hanya kelihatan Pertahanan Awam, semasa di dalam hutan tidak ada kru yang menjaga. Ada yang krem tetapi tidak boleh buat apa kerana bantuan keselamatan tidak ada."INGAT PENUNJUK ARAH YANG PENTING SEKALI". Aku keceWAAAAAAA.....

Photobucket
Laluan merentas bendang selepas check point 1

Photobucket
Zoom dari jauh...

Walaupun aku kecewa, namun aku tak akan pulaukan aktiviti ini di masa akan datang seperti luahan para riders lain di blog-blog, kerana tanpa program2 ini maka sukan MTB akan menjadi sepi. 
Photobucket
Tahniah para riders walaupun dapat ranking ribu2 tapi berjaya melalui semua checkpoint tak macam aku..

Ok bye..:-(

Thursday, October 13, 2011

Shootgambar YAB Dato' Sri Najib PM Malaysia

Baru-baru ini Pekan Tanjung Tualang telah dilawati oleh rombongan lawatan Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Hadir bersama-sama beliau ialah isteri dan beberapa orang menteri. Kesempatan ini aku ambil untuk merakam gambar beliau secara dekat. Walaupun dah tahu yang beliau akan sampai sekitar jam 11 pagi namun disebabkan semangat, aku telah sampai sekitar jam 9 pagi lagi. Persekitaran pekan Tg Tualang sangat sibuk. Berbagai bangsa telah berkumpul termasuk budak2 sekolah sekali. Keadaan sekeliling dikawal ketat oleh FRU, Polis dan  RELA.  Pekan Tg Tualang yang biasanya sepi menjadi kecoh, ramai jurugambar2 berkampung disitu termasuklah aku sekali yang sibuk2 ( hanya untuk koleksi peribadi ). PM datang dengan bas dan turun betul2 depan simpang pekan TG Tualang. Ramai orang berserbu termasuk jurugambar2 yang dari tadi menunggu  untuk mendapatkan gambar2 sebagai habuan mata rakyat malaysia yang membaca surat khabar. 

Photobucket
Ramainyer orang...keadaan ketika itu...

Photobucket
Kesibukan para peserta untuk membuat pertunjukkan...

Photobucket
Pak Badut pun ada tapi matahari dah meninggi cuaca dah semakin panas sampai Badut pun berkipas...


Photobucket
Pakci dan Abang RELA yang sangat petriotik...(macam mana mau kasi sama lu gambar aaa., wa takdak lu punya nombo...)

Photobucket
Dah banyak pengalaman ni..siap bawak tangga...

Photobucket
Wartawan dan jurufoto menjalankan tugas...gambar macam hampas..

Photobucket
Fokus tak betul lagi susah betul nak ambaik gambar dia dgn orang ramai yang bertolak-tolak..

Photobucket
Canon is the best!!

Photobucket
Akhirnya dapat jugak closeup dengan PM kita ini pakai lens 50mm

Photobucket
Antara yang terdekat jarak kurang dari 1 meter

Photobucket
Jelas sekali kulitnyer yang putih kemerahan...

Photobucket
Terima kasih Dato' kerana sudi singgah di tempat saya..

Kepada semua pembaca, ini adalah pengalaman aku yang tak mungkin berlaku lagi. Mengambil gambar Perdana Menteri Malaysia dengan jarak yang amat dekat adalah satu kejayaan dan amat berharga buat diriku. Okey sampai sini dulu entri kali ini byee...:-).

Monday, October 10, 2011

UTP MTB Jamboree...kayuhan tercorot sebab kejang...

Salam semua kali nak cerita pasal basikal gunung plak. Baru2 ini bertarikh 8 Oktober telah berlangsung satu Jamboree MTB yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Petronas. Ahli kumpulan yang masuk terdiri dari aku sendiri, Rizal, Eja dan Yus. Dalam 4 orang ni aku la yang paling last menghabiskan 44km kayuhan ( ha ha betapa lemahnya aku!!). Kayuhan bermula sekitar jam 7.45pg bermula di hadapan dewan Canselor UTP dan merentas jalan biasa sejauh 11km. Selepas itu masuk ke offroad mendaki bukit di kawasan hutan sawit terus tembus ke Felcra Nassaruddin. Masuk semula ke dalam hutan sawit dan tembus ke perkampungan asli naik bukit dan turun bukit tapi jalan bertar. Selepas itu tempoh pulak single track hutan belukar yang licin dan becak. Memang best semasa kayuhan berlangsung. Disebabkan pesertya tidak ramai seperti jamboree2 yang lain dalam masa2 tertentu rasa seperti berkayuh seorang kerana pandang di depan tidak ada orang dan paling kebelakang pun tidak nampak peserta lain, mula terasa dalam hati "aku ke yang paling last" tapi ternyata tidak rupa2nya masih ramai lagi yang tertinggal dibelakang...oklah itulah sedikit sebanyak ceritanyer. Sekarang tengah bersiap sedia pula untuk Jamboree Kuala Kangsar yang lebih ramai peserta di sana. Oh ya terlupa pulak nak maklumkan yang YUs dan Eja bejaya dalam cabutan bertuah masing2 mendapat tiub dan satu tong minyak pelincir petronas 4L. 

waktu peserta berkumpul.

Masa kayuhan bermula...

Photobucket
bukti berjaya tamatkan kayuhan hehe....

Ok sekian dulu buat kali ini...


Thursday, September 29, 2011

Puas dengan lens Canon 50MM f/1.8 II

Setelah beberapa bulan mengumpul duit akhirnya dapatlah aku membeli lens Canon 50mm f/1.8. Lens ni aku beli dengan harga RM396 sekali dengan CPL filter jenis kenko. Kata cina kedai tu " ini filter bukan ori punya aa..tapi ok la bleh pakai laa.." tapi aku tak kisahla sebab masih dalam budget. Apa yang best dengan lens ini ialah gambar dia dan bokeh yang dihasilkan memang cantik. Harga dia juga agak murah jika nak dibandingkan dengan lens yang sama jenis nikon atau sony. Dah banyak gambar yang aku snap guna lens nie. Hari raya menjadi sangat bermakna dengan gambar2 candid menggunakan lens jenis ini. Di bawah ada beberapa gambar yang menggunakan lens ini. Untuk pengguna baru macam aku ni kira okla...kepada para pembaca yang ada DSLR dan belum ada lens jenis ini eloklah pikirkannya.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apa2 pun sebelum beli buatlah pembacaan dulu mengenai lens ini. Pada saya membeli lens ini adalah amat berbaloi terutama untuk gambar2 jenis potret..ok bye :-)

Monday, September 19, 2011

PhotoScape edit gambar jadi mudah

Baru-baru nie aku telah diperkenalkan tentang satu perisian yang mudah untuk edit gambar oleh seorang kakitangan kedai komputer. Nama perisian ini ialah PhotoScape. Balik rumah aku telah mencuba beberapa kali guna PhotoScape nie dan hasilnya boleh tahan jugalah sebab ia memudahkan kerja-kerja edit. Tapi pada aku Photoshop tetap  yang terbaik. Hasil dari PhotoScape aku edit pulak dalam Photoshop sebab biasalah mesti ada kekurangan contohnya PhotoScape edit cara express tak macam Photoshop yang menggunakan layer. Lagi satu text di PhotoScape kurang menarik berbanding Photoshop. Apa2 pun bagi aku perisian ini amat berguna untuk aku untuk edit gambar selain dari Photoshop. Berikut adalah gambar perisian dan hasilnya. Kepada pembaca sila lah cuba perisian ini memang  mudah dan senang.

Photobucket


Photobucket
Klik gambar kecil di sebelah kiri dan ianya akan terpapar di ruangan menu.

Photobucket
Selepas itu terus pilih Filter dan cubalah satu persatu effect di sana. Terdapat banyak pilihan. Gambar di atas saya gunakan Filter---Antique Photo--pilihan 07 terus automatik jadi seperti diatas.

Inilah hasilnya...
 
Photobucket
Ini pulak hasil kedua setelah disephiakan.
Okey semua yang membaca cubalah perisian ini memang best...:-)


Saturday, July 23, 2011

Kamera Termahal

Mak aihhh..dari segi rupabentuk nampak simpel jer tapi bila tengok harga terkejut. Ini lah dia antara kamera yang paling mahal kut harga dia dalam RM100,000. Bagi aku mahal la, tapi kalau kerabat diraja, dato' datin ker mungkin murah hehe. Apa2 pun kita sebagai pengguna perlu berfikiran waras. Walaupun kita memang minat bidang fotografi tahap takat didih air tapi jangan la beli kamera yang mahal macam ni. RM100,000 bleh beli banyak kamera yang canggih lengkap dgn aksesori yang lain. Tapi adalah lebih baik kita simpan RM100,000 dalam ASB ker dan sebagainya. Jangan habiskan RM100,000 utk kamera sahaja. Itu bodoh! namanya..:-)

Photobucket

ha ha sumber kali ini facebook Digital Camera..ok chau..

KAYUHAN XPLORASI AGRO BIKE 2011

Alhamdulillah dapat jugak join Xplorasi Agrobike Seberang Perak pada 25 Jun yang lalu. Dah lama dah bulan Jun hari tu tapi disebabkan malas2 kucing, tu yang lambat posting bab2 kayuhan ni. Ok jauh trek hari kurang lebih 45km ( ikut meter beskal aku ) jalan berbatu ditepi2 lereng sawah padi yang luas. Cuaca kering dan jalan berbatu yang berhabuk menjadi cabaran yang terhebat. Ketika kayuhan terasa perit sebab debu2 jalan. Bermula dengan laju dan akhirnya semakin perlahan dan perlahan. Itulah sedikit sebanyak pengalaman aku berkayuh dalam Xplorasi Agrobike ni. Walaubagaimanapun program ini berjalan dengan baik sekali, orang2 tempatan di sini memang baik dan ramah tamah, sepanjang perjalanan terdapat post yang menyediakan pisang, air tebu dan air asam boi. Memang berbaloi sampai perut aku kembong dengan air tebu. Mana idaknya kemanisan air tebu di sini hanya orang yang minum sahaja yang tahu betapa sedap rasa dia. Di penghujung cabutan bertuah no aku kena pada cabutan ke 36 dapatlah aku bawak balik tayar yang agak baik kualitinya. Ok kepada penganjur tahniah kerana program ini berjalan dengan baik.

Photobucket
garisan permulaan

Photobucket
antara peserta yang berkayuh

Photobucket
tengok pisang dan mineral water banyak kan sampai kembong perut kitaorang

Photobucket
di checkpoint kedua

Photobucket
fuhh dah pancit..

okey babai..:-)

Friday, July 8, 2011

Custom Album..Adobe Photoshop CS3

Cuti sekolah yang lalu sempat juga aku ciduk ilmu baru dari abang ipar aku. Belajar macam mana nak buat custom album menggunakan perisian adobe photoshop CS3. Custom album ni popular bagi jurugambar perkahwinan. Mereka selalu hasilkan custom album yang diprintkan dalam bentuk buku gambar2 pengantin. Semengnya ia amat menarik jika hendak dibandingkan dengan album gambar biasa. Namun kos untuk menghasilkannya agak tinggi. Sebelum aku buat custom album aku, aku selidik dulu berapa harga dia, kata cina kedai gambar tu custom album yang selalu dia bikin adalah saiz 8 x 12 inci. Kalau semua dia buat harga dalam RM190 sebanyak 10 muka surat. Kalau kita buat sendiri dan suruh dia printkan sahaja, dia ambil RM5 bagi satu page. Jadi 10page x RM5 baru kos dia dalam RM50. Custom album semakin mendapat tempat bagi pasangan2 pengantin baru kerana ianya sangat unik dan comel, menarik tambah2 lagi kalau jurufoto mengedit gambar dengan baik. Kalau ada yang berminat buat cusom album carilah peluang untuk belajar. Kalau dah ada asas photoshop ianya senang sahaja. Kalau rajin mungkin boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Ok kat bawah ni ada la 2, 3 page yang aku dah buat utk simpanan peribadi aku.

Photobucket
masa tengah buat.

Photobucket
Muka hadapan dan belakang

Photobucket
page 1

Photobucket
page2

Photobucket
page3

Photobucket
page4

Photobucket
page 5

oklah aku pun baru jer belajar..kalau salah tolong tunjukkan...he he bye..bye..:-)

Wednesday, May 18, 2011

Kayuhan Dalam Gelap Malam.

Isnin malam Selasa, kebetulan hari Isnin 16 Mei 2011 adalah hari guru dan hari Selasa pula cuti umum sambutan Hari Wesak ada kawan dari BGR yang mengajak berkayuh waktu malam. Pada mulanya rasa macam malas tapi bila tanya si Arip dan Pejal mereka memberi respon yang baik terus ada semangat. Apa lagi terus la buat persiapan untuk kayuhan waktu malam. Apa yang penting adalah keselamatan. Basikal mesti dilengkapi dengan lampu hadapan dan belakang, selain itu tiub spare dan pump. Kayuhan kali ini disertai oleh team BGR dan group kami CMYCT ( CMY Cycling Team ). Bagi group BGR mereka berkayuh sebab nak makan steamboat, manakala group kami plak hanya sekadar sebagai acara sambutan hari guru. Kayuh beramai-ramai di waktu malam memang best tak letih sangat walaupun jarak kayuhan yang jauh. Pada malam kayuhan cuaca agak kurang baik hujan renyai2 tetapi tidak lebat. Kayuhan bermula dari Taman Batu Gajah Perdana, Kg Sungai Terap, Taman Jutaria, Station 18 dan balik semula ke Batu Gajah Perdana. 

Photobucket
semasa tengah berkayuh


Photobucket
asyiknya berkayuh ramai-ramai


Photobucket
dah sampai ke destinasi kedai makan steamboat tepi Tesco Station 18


Photobucket
bersembang dan berborak sambil melepaskan penat


Photobucket
bab2 bergambar mesti punya...


Photobucket
yah baikkk punya...


Photobucket
sebelum berkayuh balik peluang bergambar ramai2 tidak dilepaskan, terima kasih pada juru gambar dan abang2 riders kerana kayuhan malam berjalan baik.

ok bye..bye :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...