Tuesday, December 11, 2012

Menunggang Kawasaki VNII 250cc ke Cameron Highland

Posting kali ini adalah berkenaan hobi terbaru aku iaitu menunggang kuda besi yang baru dibeli 2 bulan yang lalu. Haha Kawasaki VNII 250cc. Meter motor dah mencecah 1000km dan aku dapat rasakan bahawa aku dah semakin serasi dengannya. Memang best dan amat berbaloi membeli motosikal ini walaupun harganya agak mahal. Dulu semasa menimbang untuk membeli motosikal sebab nak power dia lebih dan mantap untuk perjalanan jauh, tetapi bukanlah untuk laju-laju dan aku rasakan hasrat itu tercapai.

sebelum perjalanan panaskan enjin dulu, periksa motosikal  mesti dalam keadaan baik.

Semalam hari Selasa, aku dan sahabat Zahrul telah merancang untuk berkonvoi ke Cameron Highland. Rancangan kali ini dibuat oleh kami berdua sahaja sebab dah tau sahabat2 yang lain sedang sibuk menikmati cuti sekolah bersama keluarga masing-masing. He he bukan tak nak ajak tapi selalunya mesti tak bleh ikut punya heh. Kami mula bergerak dari rumah sekitar jam 8.30pg terus ke Simpang Pulai. Sarapan pagi dan isi minyak di situ. Perjalan naik ke sana macam biasa sebab aku dah banyak kali naik ke sana tetapi kali ini berbesa sikit sebab menggunakan motosikal. Permandangan di dalam perjalanan memang indah dan semakin tinggi kita dapat menikmati udara yang semakin dingin. Walaubagaimanapun permandangan yang indah tadi sedikit tersentuh apabila melihat banyak kawasan hutan telah ditebang dengan rakus. Kita juga dapat melihat kelompok-kelompok tanah runtuh yang berpunca akibat penebangan hutan yang berleluasa dan kesan dari pembinaan jalan raya dari Simpang Pulai ke Kameron Highland dan Gua Musang.

sementara perjalan possing dulu

Zahrul dan LCnya

Motosikalku dalam keadaan yang amat baik, pecutan maksima semasa naik ialah 100km/j dan purata halaju dalam 80km/j sahaja tak ada masalah dan semakin tinggi tunggangan menjadi semakin mencabar sebab jalan raya semakin berselekoh. Disinilah aku mengasah kemahiran untuk mengendalikan clatch dan gear yang selama ini agak memberikan masalah teknikal pada aku sebab sebelum ini tak pernah bawa motosikal yang ada clatch. Tambah-tambah lagi motosikal ini tidak mempunyai signal top gear. Kadang-kala terlupa gear berapa yang aku guna. Sesampai di   Kg Raja jalan menjadi semakin rumit, keadaan berliku-liku dan jumlah kereta yang banyak begitu mencabar kemahiran menunggang yang aku miliki. Dari Kg Raja ke Brincang jalan dah mula sesak. Keseronokkan menunggang tadi agak tergganggu sebab tidak boleh laju dan terpaksa menggunakan gear yang rendah. Walaupun saiz motosikalku agak besar dan berat namun ianya tidak memberikan masalah semasa menciluk di tepi-tepi kereta yang terperangkap dalam kesesakkan tapi mesti yakin dan  betul-betul selamat baru cilok la jangan sangkut cermin sisi kereta orang sudah!. Disebabkan jalan yang sesak kami singgah di Bricang dahulu untuk berehat dan pekena kopi panas di medan selera serta membeli sedikit cenderahati untuk anak bila pulang nanti.

Singgah sini dulu sebab pening tengok jalan yang sesak...

pekena kopi panas memang kawww...

Melihat keadaan kesesakkan yang semakin teruk kami membuat keputusan untuk bergerak turun melalui jalan Tapah. Jalan Tapah adalah jalan asal kalau nak ke Cameron Highland sebelum adanya jalan dari Simpang Pulai, Perak. Perjalan turun juga penuh dengan cabaran. Jalan Tapah lagi teruk simpang siolnya. Nak memotong pun susah. Sekali lagi kemahiran menggunakan gear dan "enginbreaking" dapat diasah. Jika ada ruang aku mula meratah selekoh-selekoh wau memang best dan mantap. Kata Zahrul "seronok aku tengok tanyar moto hang time kona"..dia yang tengok seronok aku yang rasa lagi la seronok. Jalan Tapah memang best, kami sampai di Ringlet dan pemandang memang indah, boleh lihat ladang Teh, sepanjang perjalan turun ini kami bertemu dengan perkampungan orang asli dan gerai-gerai menjual kraftangan yang dibuat dari rotan. 

snapp jgn tak snap!!

Zahrul sedang meinkmati rakaman video yang dibuat..

Permandangan rumah orang asli di Jalan Tapah


Senyum selalu..rehat sekejap selepas penat meratah selekoh...

Sampai di Tapah lebih kurang pukul 3.15 ptg. Perjalanan yang gak lama memang terasa lenguh badan. Tulang belakang aku dah rasa macam kerosot. lenguh yang teramat. Kami singgah untuk makan tengah hari di Restoran Mee Rebus Tapah. Hujan dah mula turun. Kami bergerak ke masjid Tapah untuk solah Zohor.  Dari Tapah kami bergerak pulang melalui Temoh dan ke Kampar. Hujan lebat selebatnya menyebabkan aku dan Zahrul berhenti di pondok menunggu bas di jalan Tronoh Mines atas faktor keselamatan. Hujan tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda jadi kami pun dah alang-alang basah meneruskan perjalan pulang. 

Motosikal tu dunia semua tuuu...akhirat kena ingat juga..jom solat dulu..

Sampai rumah jam 4.50ptg dalam keadaan basah kuyup. Saddle bag kulit aku pun turut basah sepatutnya kalis air akibat penanggan hujan yang teramat lebat nasib baik SLR dan hset aku tak rosak. Fuh perjalan ini memberikan pengalaman baru yang menyeronokkan. Sepanjang perjalan aku telah merakam dalam bentuk video menggunakan hset yang aku letakkan di handle motosikal tak jemu-jemu aku melihatnya kembali. Memang enjoy...:-)

alamakk perutku! ok tak banyak gambar menarik yang diambil sebab kali ini nak enjoy ride dulu..:-)

Ok babai!!! 

12 comments:

  1. Pergh, mantap2... boleh pergi Genting pulak lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Menarik entri ni bro..Tentang perut tu kira standard laa sebab lu pakai easy ride...Baru serupa group Hell Angels..hehehe...

    ReplyDelete
  3. ride santai di jalan kampung memang best...

    ReplyDelete
  4. bro, nak tanya sikit.. saya ada beli rr yg buat pandu uji model ni.. tapi mklmt krng lngkp.. so, nk tanya encik, kapasiti eo moto ni brpa liter? tukar setiap berapa km? oil filter ada juga ka? fuel consumption mcmana? agak2 1 liter blh jln berapa km kalau speed 70km/j-90km/j? tq encik.. ssh nak cari review or test ride moto ni online..

    ReplyDelete
  5. minyak enjin guna 10w-40,tukar setiapkali 5000km macam kereta juga. oil filter ada juga harga dlm rm50, saya isi fulltank dlm rm20(sblm naik harga minyak) boleh jalan dari ipoh ke bgan serai dan minyak tak habis lagi...jarak dari ipoh ke bgan serai dlm 140km..saya selalu topup minyak bila meter dah jalan dalam 180km,tapi dalam rm12 jer.

    ReplyDelete
  6. Saya pun ada vn11 boleh join convoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat mana? Saya area Batu Gajah, insyaAllah bulan 5 nie..

      Delete
  7. Dekat mane leh dapat motor ni ek. Sy org ipoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasaki dah stop penjualannya. Benda ni dah jadi rare dah...tapi sesetengah kedai motosikal masih ada kut. Orang tak nak beli sbb harga dia mahal dari ninja 250 yang baru tu..tapi percayalah harga dia memang berbaloi dengan motosikalnya. semua part dari jepun...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...