Monday, October 31, 2011

Aku kecewa di Kuala Kangsar Jamboree...

Seawal 5 pagi lagi aku, Yus, Rizal dan adiknya bertolak dari rumah ke Kuala Kangsar bagi menyertai Kuala Kangsar MTB Jamboree Bandar Diraja. Semangat pagi ini lain sikit maklumlah bakal berkayuh dengan ribuan peserta sukan MTB dari seluruh Malaysia. Sesampainya kami di perkarangan Arena Square Kuala, kelihatan para rider sedang sibuk menyiapkan basikal masing-masing. Sekali-sekala beberapa kumpulan riders melintas di hadapan dan belakang kami menjadikan suasana kelihatan sibuk. Sampai saja di tempat perlepasan kelihatan beribu riders sedang menunggu saat dilepaskan. Semangat ketika itu sangat tinggi. Terdengar pengumuman dari penganjur bahawa pelepasan kali pertama adalah kayuhan mengelilingi pekan Kuala Kangsar bersama VIP namun semasa berkayuh itu disebabkan peserta yang ramai dan jalan tidak dibuat searah ditambah lagi dengan tiada penunjuk arah maka keadaan menjadi kelam kabut. Ada yang meneruskan kayuhan mendaki Bukit Candan dan ada yang berhenti dan berpatah balik. Kata-kata busuk dari peserta yang hilang sabar mula kedengaran. Sepatutnya ada pelepasan kedua tetapi ianya tidak berlaku kerana keadaan kelam kabut tadi menyebabkan pihak penganjur seperti hilang kawalan. Maka riders2 pun terus sahaja memulakan kayuhan tanpa ada wisel pelepas yang rasmi. ( ini bab permulaan ).

Photobucket
Bergaya sedikit setelah bersiap sedia..

Photobucket
Hariss, Yus dan Rizal..riders  CMY Cycling Club

Photobucket
Menunggu saat pelepasan..

Photobucket
Antara wajah2 para riders...

Semasa di dalam trek offroad bukit yang didaki sangat mencabar tetapi disebabkan riders terlalu ramai, aku tidak dapat melayan bukit dengan baik. Ada sesetengah bahagian bukit yang aku dapat kayuh dan memang best berkayuh layan bukit barulah Mountainbike namanya. Daripada naik bukit turun bukit sampailah ke checkpoint 1, apa yang aku dapati air diberi dalam cawan kecil sahaja aku ingatkan dalam botol dan ini menyebabkan perancangan aku gagal. Aku tidak membawa bag air kerana menyangkakan akan ada bekalan air dalam botol di setiap check point. Kini aku meneruskan kayuhan berbekalkan air dalam botol aku sahaja. Laluan seterusnya menempuh bendang, kampung dan mendaki bukit kembali. Seterusnya memasuki hutan getah. Pada ketika ini aku dah mula hairan kerana masih tidak bertemu check point kedua, kayuh dan kayuh akhirnya tembus semua ke jalan raya. Sehingglah sampai ke garisan penamat, pihak penganjur pun mencatatkan yang aku antara peserta yang ke 598 riders yang telah sampai. Aku telah diberikan medal mas. Aku hubungi Yus dan Rizal masing-masing masih tidak sampai lagi. Akhirnya aku dapat tahu yang aku salah trek. Nak kata aku sorang tak juga sebab didepan dan belakang aku ramai juga riders ikut trek yang sama. Aku dah mula rasa kecewa dan hampa. Keghairahan waktu mula tadi terus hilang. Bayangkan orang lain buat kayuhan 55km aku buat 30++km sahaja. Betapa kecewanya aku, no 598 yang tercatat di plate basikal aku seperi tidak berguna. Perkara ini mungkin terjadi disebabkan pihak penganjur tidak menyediakan penunjuk arah yang baik. Malah ada yang kata disebabkan satu laluan telah dipenuhi dengan tebuan maka pihak penganjur telah mengubah arah laluan. Aku balik ke Batu Gajah dengan hati yang kecewa. Teramat kecewa.
Photobucket
Bukit pertama yang harus ditempuhi...

Photobucket
Ketika permulaan semua riders masih tersenyum

Photobucket
Ini pun daki bukit juga...

Hari ni aku buka kembali blog Kuala Kangsar Jamboree dan aku dapati bukan aku sahaja yang tidak puas hati malah ramai lagi yang tdak puas hati. Apa2 pun ini pengalaman buat aku. Aku harap semangat ini tidak luntur kerana inilah satu2nya sukan yang aku sertai dengan minat yang tinggi. Kepada pihak penganjur jika terbaca blog aku ini kelemahan mungkin berpunca dari perancangan dan kekurangan kru. Hanya kelihatan Pertahanan Awam, semasa di dalam hutan tidak ada kru yang menjaga. Ada yang krem tetapi tidak boleh buat apa kerana bantuan keselamatan tidak ada."INGAT PENUNJUK ARAH YANG PENTING SEKALI". Aku keceWAAAAAAA.....

Photobucket
Laluan merentas bendang selepas check point 1

Photobucket
Zoom dari jauh...

Walaupun aku kecewa, namun aku tak akan pulaukan aktiviti ini di masa akan datang seperti luahan para riders lain di blog-blog, kerana tanpa program2 ini maka sukan MTB akan menjadi sepi. 
Photobucket
Tahniah para riders walaupun dapat ranking ribu2 tapi berjaya melalui semua checkpoint tak macam aku..

Ok bye..:-(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...