Wednesday, May 18, 2011

Kayuhan Dalam Gelap Malam.

Isnin malam Selasa, kebetulan hari Isnin 16 Mei 2011 adalah hari guru dan hari Selasa pula cuti umum sambutan Hari Wesak ada kawan dari BGR yang mengajak berkayuh waktu malam. Pada mulanya rasa macam malas tapi bila tanya si Arip dan Pejal mereka memberi respon yang baik terus ada semangat. Apa lagi terus la buat persiapan untuk kayuhan waktu malam. Apa yang penting adalah keselamatan. Basikal mesti dilengkapi dengan lampu hadapan dan belakang, selain itu tiub spare dan pump. Kayuhan kali ini disertai oleh team BGR dan group kami CMYCT ( CMY Cycling Team ). Bagi group BGR mereka berkayuh sebab nak makan steamboat, manakala group kami plak hanya sekadar sebagai acara sambutan hari guru. Kayuh beramai-ramai di waktu malam memang best tak letih sangat walaupun jarak kayuhan yang jauh. Pada malam kayuhan cuaca agak kurang baik hujan renyai2 tetapi tidak lebat. Kayuhan bermula dari Taman Batu Gajah Perdana, Kg Sungai Terap, Taman Jutaria, Station 18 dan balik semula ke Batu Gajah Perdana. 

Photobucket
semasa tengah berkayuh


Photobucket
asyiknya berkayuh ramai-ramai


Photobucket
dah sampai ke destinasi kedai makan steamboat tepi Tesco Station 18


Photobucket
bersembang dan berborak sambil melepaskan penat


Photobucket
bab2 bergambar mesti punya...


Photobucket
yah baikkk punya...


Photobucket
sebelum berkayuh balik peluang bergambar ramai2 tidak dilepaskan, terima kasih pada juru gambar dan abang2 riders kerana kayuhan malam berjalan baik.

ok bye..bye :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...