Tuesday, December 28, 2010

Secondhand yang baru..Cik City Silver

Tajuk secondhand yang baru...secondhand sebab aku pemilik kedua, yang baru sebab aku baru beli hehe jadi secondhand yang baru...inilah dia kereta baru yang aku pakai...aku gelar dia Cik City Silver. Jenis Honda City, biasanya orang beli kereta ini untuk isteri pakai. Itu sebab aku gelar dia Cik City Silver. Silver pulak sebab warna dia, warna silver. Semperna perkahwinan kami  yang ke 7 tahun dan kereta iswarapun dah luluh dimakan usia jadi aku membuat keputusan untuk membeli kereta ini. Merata tempat, seluruh Ipoh kami dah cari hinggalah bertemu dengan cik City ini. Isteri aku nak juga Honda City nak buat macam mana, ikut aku, aku lebih suka Toyota Vios. Apa2pun secondhand jelah..setelah diconggak gaji dan kemampuan kereta ini jer la yang termampu. Kereta ini keluaran tahun 2005, condition masih macam baru sebab mengikut tokey kedai usecar tu pemilik asal kereta ni seorang perempuan kaya. Keluarganya membuat bisnes kenderaan berat seperti traktor, backhoe dan lain2 lagi. Jadi dia ada banyak kereta, so kereta ini dia tidak pakai sangat, memangpun aku chek odometer dia baru 20000KM, Myvi aku sama juga tahun 2005 tapi odometer dan 100000km lebih. Body elok tidak calar dan interior juga elok so aku pun setujula beli kereta ini. Kini kereta ini dah 2 minggu dengan aku, Aku dah jauuuuhh kami berjalan memang betul condition kereta ini masih macam baru. Terima kasih yang Allah kerana melimpahkan rezeki yang baik pada aku dan keluargaku...

Photobucket
Enjin jenis VTEC.

Photobucket
Honda City fullspect

Photobucket
Bahagian dalam

Photobucket
Stereng kawalan

Photobucket
Odometer baru 20Kkm

Photobucket
Padangan sisi

Photobucket

He he Cik City Silver...



Terima kasih WLE 5185

He he tengok tajuk macam suspen jer. Ini nak cerita sedih sikit. Aku telah membuat keputusan untuk menjual kereta iswara kesayangan aku. Aku beli kereta ini pada September 2003. Begitu banyak jasa kereta ini pada aku. Dengan kereta ini lah aku menjadi cekap memandu. Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang aku bersama kereta ini. Aku teringat sewaktu mula aku membeli kereta ini, masa tu aku baru 2 tahun bekerja di  sebuah Kilang di Rawang. Aku beli kereta ni dengan deposit RM 450, masa tu aku terdesak nak guna kereta, namun dalam masa yang sama nak simpan duit untuk berkahwin. Jadi setelah dikira gaji dan kemampuan aku, maka aku pun beli la kereta ini walaupun ada sesetengah kawan2 memberi pendapat tak berapa syok kalau guna iswara ni sebab model ini dah agak lama. Nak beli Wira nak kena bayar deposit sampai RM6000 memang aku tak dak duit masa tu. Dari mula tergagap2 membawa kereta sampailah ke tahap sekarang dengan kereta ini lah. Begitu banyak jasa dia. Yang paling aku suka bila dia nak meragam mesti ditempat yang tak menyusahkan aku. Penah tayar dia pecah dalam masa yang sama ada tokey tayar datang ofer nak repair tayar yang pancit. Aku juga pernah terlibat dengan kemalangan dengan kereta ini. Bukan aku yang langgar tetapi orang yang langgar aku, namun mujurlah perkara ini berlaku dekat dengan tempat aku tinggal kalau jauh2 mungkin akan menyusahkan aku. Aku terpaksa jual juga engkau sebab harga kau dah semakin rendah...aku berharap suatu hari nanti aku jumpa kau lagi wahai WLE 5185 dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim aku tamatkan perkhidmatan engkau..

Photobucket

Dalam kenangan...

Thursday, November 25, 2010

Dari Tanjung Tualang ke Kampung Gajah

Sabtu 20/11/2010. Pagi-pagi lagi cikgu Mahmami begitu semangat nak berkayuh. Aku keluar rumah pukul 6.40 pergi pasar nampak dia dah ikat basikal dia dekat kereta waja. Malam tadi dah rancang dekat FB nak berkayuh dari Tg Tualang ke Kg Gajah. Jauh tu!! jarak dalam 50KM pergi balik. Cikgu Mahmami kata nak try frame baru saiz 19". Hemm itu yang semangat tuh. Kayuhan pagi ni disertai aku, peja, rizal, cikgu mahmami dan Tok sebagai pengiring merangkap marshall..kalau2 ada yang ketegangan hehe...

Photobucket

Frame baru milik Cikgu Mahmami



Photobucket

Merida The White aku ler..terperosok dalam Iswara.

Photobucket

Pejal punya RMB.



Photobucket

Tengah berkayuh ni. Semangat ooo kayuhan terjauh setakat ini

Photobucket

Berehat sekejap di Pondok Bas depan MRSM Pasir Salak. Dari kanan Aku, Pejal, Cikgu Mahmami dan Rizal



Photobucket

Rehat lagi...

Photobucket

Sambil berkayuh sambil ambik gambar..bukan apa bukti dah sampai tempat ni.



Photobucket

Destinasi akhirnya sampai..pergi balik mengambil masa 3 jam lebih..ikut meter jarak ialah 49.98km pergi balik.



Photobucket

Fuhh!! syokk oooo :-)

Wednesday, November 24, 2010

Kayuhan dengan kawan-kawan ke Taman Herba

Bestnyer berkayuh dengan kawan2. Pada 13 November yang lalu, bersamaan dengan hari Sabtu kami berlima berkayuh santai dari Batu 3 ke Taman Herba jalan Gopeng. Faiezal Azmi, Arip Johari, Rizal Ramsah dan Cikgu Mahmami...best ooo...


View Trek Kayuahan pagi Sabtu 13/11/2010 in a larger map


Ha diatas ni trek lalauan kami pada Sabtu 13/11/2010. 


Photobucket

Inilah dia jentera yang kami gunakan...

Photobucket

Berhenti sekejap di Gerai Kak Khairul Bariah pekena roti canai...


Photobucket

Behenti rehat sekejap selepas penat berkayuh.

Jarak kayuhan kali ini pergi dan balik dalam 40KM. Banyak kalori telah berjaya dibakar hehe. Berbasikal sememangkan baik untuk kesihatan.

Trek kayuhan pagi Sabtu ni...


View Trek kayuhan pagi Sabtu in a larger map

Kalau ikut map ni jarak lebih kurang 36KM...

Wednesday, November 3, 2010

Berbasikal..kayuh dan kayuh

Sejak beli basikal ni, baru dua kali jer kut aku kayuh, maklumla belah petang kena jaga anak sebab isteri aku mengajar disebalah petang. Jeles betul aku dengan si Arip dan Pejal...sebab tiap2 petang kayuh round Batu Gajah. Jarak jauh yang aku buat dari rumah ke Tanjung Tualang. lebih kurang 30KM pegi balik kut...basikal aku belum pasang meter hehe duit tadak. Masa kayuh ke tanjung tualang si Rizal..kawan aku paling baik meneman ada la jugak kawan..heheh walaupun dia pakai basikal zaman dia sekolah dulu tapi laju gila dari basikal aku. Nikmat lepas kayuh memang best badan rasa segar, banyak kalori dibakar..peluh keluar mencurah-curah..tapi puas...


Bersandar sekejap di pintu gerbang SMK Dato Bendahara CM Yusuf, Tanjung Tualang.


yang kuning tu basikal si Rizal..hehe laju ooo...


ni..Faezal denga Arif..datang rumah aku sebab nak bagi aku jeles..hehe wa terbakar beb..


walaupun terbakar..possing tetap possing...


haha..gambar aku kayuh naik Bukit Kledang tidak ada..kalau ada sure aku dah upload kat sini..

Ok itu saja byeeee :-) semua gambar2 ni ehsan dari handphone Rizal dan Arif..

Friday, October 29, 2010

Mountain bike ( Basikal gunung )

Sejak dari bangku sekolah lagi aku begitu tertarik dengan mountain bike. Kalau ada kawan-kawan sekolah yang pakai basikal jenis ni memang membuatkan aku jeles tak terhingga. Emm takper lah mereka kaya. Sebab dulu basikal jenis macam ini memang mahal dan tak mampu nak beli pun. Kalau mintak dekat ayah aku ( arwah ) senang jer ayat dia belajar pandai-pandai nanti dapat kerja bagus gaji banyak semua boleh beli...kata-kata itu aku pengang memang betul pada masa ini umur aku 32 tahun aku memang dapat apa yang aku nak..formula dia senang sahaja belajar pandai-pandai nanti dapat kerja bagus gaji banyak.

Dekat bawah ini mountain bike milik aku. Baru sahaja beli kerana minat dalam sukan berbasikal yang semakin popular di Malaysia sekarang nih. Harga murah jer bukan aper tujuan utama nak berbasikal sambil menguruskan badan. Kalau ada mana2 jamboree join sekadar nak cari pengalaman jer..support kawan2 lain...


Photobucket

Mountain bike jenis Merida Matts series. Aku gelar dia "Merida the white".

Photobucket

Pandangan belakang sistem kelajuan 8 speed. Cina tu kata aku ketinggalan zaman orang dah pakai 9 atau 10 speed..budget maa kalau ikut lu lari budget saya maa...


Photobucket

Sistem kelajuan jenis Shimano Acera..mana-mana basikal semua jenama Shimano..ada jenis biasa dan ada jenis yang baik. Biasala yang baik mestilah mahal...

Photobucket

Rantai kuasa..


Photobucket

Sistem brek hadapan. Discbreak lebih efektif jika tayar basah atau berlumpur...


Photobucket

Sistem brek belakang...


Photobucket

"MERIDA THE WHITE"

Monday, October 11, 2010

TUTORIAL : Snap objek bergerak pantas

Layan jer Mat Salleh botak ni. Jasanya sangat besar pada aku yang baru nak belajar bidang fotografi ni. Tak payah pergi kursus tengok kat sini pun dah ok kut. Penerangan dia juga cukup jelas dan bersemangat. Video berkualiti memang baik dan amat berguna untuk kita..:-)

Minat fotografi belilah SLR!!

Sunday, October 3, 2010

Lepak-lepak tepi airport

Hujung minggu ni aku berkesempatan pergi ke subang rumah abang ipar aku. Dia pun minat juga dalam bidang shoot-shoot gambar nih. Samer la macam aku..:-). kali ni pergi tepi airport sebab nak snap gambar kapal terbang landing. Tengah2 panas tunggu kapal terbang adala dua tiga biji yang landing, tapi yang besar sekali firefly la yang lain semua kecik-kecik tak nampak.

Photobucket

Sementara menunggu kapal terbang sampai sempat la jugak sembang pasal rule of the third. Katanya objek tak semestinya di tengah, di tepi pun boleh juga. Patung nih terletak atas deskboard viva.

Photobucket

Datang dari jauh, tak nampak lagi bodi kapal terbang jenis apa nih...


Photobucket

Ohh firefly rupanya..ingat charlie milik TUDM tapi firefly yang tiba...

Photobucket

Yah dah semakin dekat..yahooo ..bestnyer..


Photobucket

Ini tercepat plak timing tak betul cepat sangat snap...tapi oklah bagi insan yang baru macam aku..


Photobucket

Yess dah sampai...

hehe best sungguh shoot gambar tepi airport nih...ada lagi kapal terbang yang kami shoot tapi kecik so objek tak berapa cantik. Semua pic nih tak pakai tripod ..so tak boleh nak main dengan shuttle speed...lain kali kalau berpeluang nak datang sini lagi.syokk ooo

Wednesday, September 22, 2010

Gambar beramai-ramai

Photobucket
Keluarga sebelah isteri


Photobucket
Keluarga Tok sebelah Ayah


Photobucket
Keluarga Opah sebelah Ayah


Photobucket
Keluarga sebelah mama


Photobucket
Bergambar beramai-ramai di rumah kawan ayah di Perlis

Saturday, September 18, 2010

Shootgambar Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri sudahpun berlalu pada 10 Sept 2010 yang lalu, yang tinggal hanyalah kenangan terindah beraya bersama keluarga, Ibu dan ayah serta sanak saudara tercinta. Tahun demi tahun suasana beraya adalah berbeza. Yang tinggal hanyalah kepingan-kepingan gambar sebagai kenangan. Raya tahun ini aku shootgambar puas-puas supaya aku tidak lupa waktu kelmarin yang semakin menjauh...

Photobucket

Hari raya pertama selepas sahaja solat sunat aidilfitri pasti kami berkumpul beramai2 untuk bergambar.


Photobucket

Anak sulong aku Aina sudah semakin membesar, Raya tahun ini umurnya 5 tahun.


Photobucket

"Maafkan kesalahan saya yang lalu, mama"


Photobucket

"Adik suka kecahkan rumah, ayah jangan marah yer...nak duit raya banyak-bamyak tauuu"


Photobucket

"Mama tak janji lepas ni kalau kecahkan rumah lagi mama puk kat punggung tu"


Photobucket

"Tahun 2010 punya possing"



Photobucket

Dari kiri Anis Safiyyah, Auni Wajihah, Ahmad Wafy dan Aina Karmila


Photobucket

Anis, Wafy, Aina dan Wajihah


Photobucket

Belari ke rumah moyang..tak sabar nak kutip duit raya..


Photobucket

"Riang-ria di hari raya"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...