Monday, October 10, 2011

UTP MTB Jamboree...kayuhan tercorot sebab kejang...

Salam semua kali nak cerita pasal basikal gunung plak. Baru2 ini bertarikh 8 Oktober telah berlangsung satu Jamboree MTB yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Petronas. Ahli kumpulan yang masuk terdiri dari aku sendiri, Rizal, Eja dan Yus. Dalam 4 orang ni aku la yang paling last menghabiskan 44km kayuhan ( ha ha betapa lemahnya aku!!). Kayuhan bermula sekitar jam 7.45pg bermula di hadapan dewan Canselor UTP dan merentas jalan biasa sejauh 11km. Selepas itu masuk ke offroad mendaki bukit di kawasan hutan sawit terus tembus ke Felcra Nassaruddin. Masuk semula ke dalam hutan sawit dan tembus ke perkampungan asli naik bukit dan turun bukit tapi jalan bertar. Selepas itu tempoh pulak single track hutan belukar yang licin dan becak. Memang best semasa kayuhan berlangsung. Disebabkan pesertya tidak ramai seperti jamboree2 yang lain dalam masa2 tertentu rasa seperti berkayuh seorang kerana pandang di depan tidak ada orang dan paling kebelakang pun tidak nampak peserta lain, mula terasa dalam hati "aku ke yang paling last" tapi ternyata tidak rupa2nya masih ramai lagi yang tertinggal dibelakang...oklah itulah sedikit sebanyak ceritanyer. Sekarang tengah bersiap sedia pula untuk Jamboree Kuala Kangsar yang lebih ramai peserta di sana. Oh ya terlupa pulak nak maklumkan yang YUs dan Eja bejaya dalam cabutan bertuah masing2 mendapat tiub dan satu tong minyak pelincir petronas 4L. 

waktu peserta berkumpul.

Masa kayuhan bermula...

Photobucket
bukti berjaya tamatkan kayuhan hehe....

Ok sekian dulu buat kali ini...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...