Friday, December 28, 2012

Berkonvoi ke Kolam Air Panas Sungai Kelah, Sungkai

Pada hari Khamis 20 Disember 2012, Aku, Rizal dan Cikgu Nazri telah berkonvoi ke Kolam Air Panas Sungai   Klah, yang terletak di Sungkai. Konvoi kali ini saja-saja makan angin jer nak layan moto Cikgu Nazri jenis Panter yang baru dibaikinya yang menelan belanja hampir RM800. Almaklumla moto retro la katakan. Pada mulanya kami merancang untuk ke Manjung, tapi aku mengubah cadangan dengan berkonvoi ke Sungkai sebab ke Manjung dah selalu sangat. Boring pun ada gak, lagi satu tak boleh nak layan moto di highway. He he.

Ini kawasan Taman Herba Gopeng, singgah pekena nasi lemak dulu..



Rizal dan Cikgu Nazeri...Cikgu Nazeri dah umur 55 thn, tapi masih steady...

Perjalanan kami bermula tepat jam 8.30 pagi. Sebelum itu kami bersarapan dulu di kedai makan yang terletak berhampiran dengan Taman Herba, Jalan Gopeng. Untuk makluman Taman Herba di buka untuk kunjugan setiap hari, di sini kita boleh melihat pelbagai jenis tumbuhan herba. Taman Herba ini menjadi salah satu sumber perlancongan di kawasan ini selain Kelly Castle. Kami tinggalkan Taman Herba dan terus ke stesyen petrol di Jalan Gopeng. Isi minyak penuh-penuh dan terus menuju ke tempat yang ditujui.

Moto isi minyak, Rizal buang minyak ehh air..


Halaju maksimum kami lebih kurang 100KMJ sahaja adakala mencecah 110KMJ tetapi di jalan-jalan yang lurus dan jauh dari bandar sahaja. Kuda besi Cikgu Nazeri tak boleh memecut laju-laju kerana baru dibaiki enjin dan perlu berpantang dulu, tapi ada kalanya memecut juga buat tak endah, mungkin dah tak tahan agaknya.

Perjalanan kami waktu pagi dalam keadaan cuaca yang amat baik, sepanjang perjalanan kira tenang sahaja, kami meredah jalan lama ke Sungkai, sebelum sampai ke Sungkai terdapat beberapa pekan kecil yang kami tempuhi, dari Batu Gajah kami melalui Gopeng, selepas itu terus ke Kampar, dari Kampar terus ke Tapah dan akhirnya barulah bertemu Sungkai. Permandangan sangat indah jalan-jalan lama di bawah sinar matahari terbit terasa sungguh segar, memang mengasyikkan. Betul seperti perpatah melayu "jauh perjalan luas permandangan...". Memang satu pengalaman yang indah. Kami sampai di kawasan yang setelah hampir 2 jam perjalanan.

baru parking, Rizal dengan jaguh customnyer...

possing dulu...hilangkan lenguh-lenguh tu...

Kolam Air Panas ini terletak di bawah jagaan Felda Sungkai. Bayaran masuk untuk dewasa RM12, Kanak-kanak RM7 dan warga tua juga RM7 manakala OKU RM3. Keadaan infrastrukturnya sangat baik, suasana persekitaran terjaga dengan baik, mempunyai kolam renang yang sangat luas, tetapi disebabkan air yang suam jadi orang yang berkunjung hanya beredam sahaja. Suhu di kolam ini aku lihat mencecah 130 darjah F. Terdapat juga kolam-kolam yang lebih panas, pelawat merebus telur namun telur mestilah dibeli di tempat ini tidak boleh di bawa dari rumah. Makanan juga tidak boleh dibawa masuk, mungkin untuk menjaga perniagaan di dalam kawasan ini. Walau bagaimanapun harga makanan di dalam kawasan ini tidak lah mahal, harganya boleh dikatakan agak berpatutan. Selain dari kolam air panas terdapat juga kolam biasa yang luas untuk orang ramai bermandi-manda. Setelah penat berendam selama 40minit, kami menjamah pisang goreng yang dijual di kawasan ini, boleh tahan juga mungkin sebab lapar pulak kut. Kemudian bersihkan badan dan bersedia untuk pulang.

jalan masuk yang baik, suasana yang bersih dan nyaman..

tempat air panas

dalam kolam yang besar tu airnya bersuhu 130 darjah F, dalam tempayan kecil air biasa sejukk ooo..

ini tempat untuk sewa jacuzzi, kolam kecil untuk seisi keluarga, agak private skit sebab orang lain tak bleh masuk kite dan family kite jer..sewa satu jam RM75.

tandas dan bilik mandi sungguh selesa yang biru untuk lelaki dan pink untuk perempuan


Kami membuat keputusan untuk pulang melalui Lebuh Raya Utara Selatan. Yang pertama sebab nak memecut di sini, yang kedua nak singgah di hentian rehat Tapah untuk solat Zohor dan makan tengah hari, Cikgu Nazri keluar ikut Kampar manakala aku dengan Rizal terus memecut keluar ikut Gopeng dan terus ke Batu Gajah. Kami sampai ke rumah dalam pukul 4 petang. Tujuan balik awal tu sebab nak elak dari kena hujan. he he..

Setakat ini halaju maksimun moto kawasaki VN yang aku buat ialah 120KMJ itupun tak lama dalam beberapa minit jer sebab angin terjah dari depan sangat kuat menyebabkan rasa macam nak terbang plak, aku bercadang nak letak cermin pengadang angin tapi tunggu la dah servey harga dalam RM170 kut tak ingat plak. Untuk motosikal jenis cruiser, semasa laju lebih sedap kalau punggung enjak sedikit ke belakang dan kedua-dua peha memeluk rapat tangki minyak, memang sedap masa memecut. Kita akan rasa lebih yakin.

possing dulu..


Ok ini saja cerita konvoi kali ini, nanti cerita lagi..bye.;-)

Thursday, December 27, 2012

Pusat Servis Kawasaki di Ipoh

Odo meter kuda besi aku dah menunjukkan 1064km, dah cukup syarat untuk servis kali pertama. Aku  mengambil masa dua bulan untuk habiskan pantang nie. Masa free terlalu banyak sebab cuti sekolah, jadi aku merancang untuk bawa mesin kesayangan aku nie pergi servis di Pusat Servis Kawasaki yang terletak di Jalan Pasir Puteh, Ipoh. 

Sesampai di Pusat Servis agak lengang, ada dua brader tengah memasang aksesori pada Z800 yang baru dibeli. Mmm memang cantik motor nie Z800, Kata salah seorang brader tu kat aku, Er6 dah jatuh harga sebab moto Z800 nie keluar. Secondhand bleh dapat dalam belas-belas ribu jer. Mmm takper la buat masa nie aku nak main easy rider dulu, belum naked atau superbike lagi. Lagipun aku bukan ada lesen full pun, cukup takat 250cc jer buat masa nie.

Ruang pejabat ada penghawa dingin dan sofa kita bleh rileks sambil baca majalah dan katalog berkaitan motosikal di sini..

Ok Pusat Servis Kawasaki di Ipoh dikendalikan oleh pasangan suami isteri berbangsa cina, Suaminya makanik manakala isterinya menjaga urusan pejabat. Tetapi pengurusan nampak ok, segala maklumat mengenai moto aku di masukkan ke dalam komputer. Terdapat seorang makanik melayu yang sangat xspert bekerja di sini. Disebabkan ini Pusat Servis Kawasaki maka ia hanya menservis dan membaiki motosikal jenis Kawasaki sahaja tak kira apa model.

Kawasaki VN II aku tengah diservis, yang baju biru tu ler taukeynyerrr...

Selain itu dekat sini juga kita boleh dapatkan aksesori yang lain, tengok ajer apa yang berkenan untuk kita letakkan pada motosikal pasti ada. kalau takda boleh oder. antara cepat dengan lambat jer, yang best nyer kita juga boleh dengar khidmat nasihat dan pendapat macam mana nak bagi motosikal kita lebih baik dan cantik.

Antara aksesori yang dijual ada banyak lagi di sebelah yang lain...


Ok servis untuk kali pertama percuma cuma minyak hitam dan penapis minyak hitam sahaja yang perlu dibayar. Motor aku guna minyak biasa jer 10W-40, sebanyak 2 Liter. Satu liter berharga RM45, manakala penapis minyak berharga RM50.

Peringkat last maklumat motosikal aku direkodkan...

Pada pendapat aku servis motosikal nie agak tinggi la cuba bayangkan 1 liter RM45, filter RM50 semua sekali aku kena bayar RM140 (tak masuk upah servis ) mahal dari servis kereta aku, Servis berikutnya adalah 5000km dulu sebelum guna ramai yang berpendapat maintenan tinggi, minyak hitam jer dah seratus lebih. So macam mana pendapat anda? Ok lah janji moto aku sihat dan aku mudah nak servis sudah...

Baiklah kalau sesapa yang nak tahu alamat Pusat Servis nie seperti berikut : 424, Jln Pasir Puteh, 31650 Ipoh, H/P 016-5588268, Tel : 05-2416581.  

Tuesday, December 11, 2012

Menunggang Kawasaki VNII 250cc ke Cameron Highland

Posting kali ini adalah berkenaan hobi terbaru aku iaitu menunggang kuda besi yang baru dibeli 2 bulan yang lalu. Haha Kawasaki VNII 250cc. Meter motor dah mencecah 1000km dan aku dapat rasakan bahawa aku dah semakin serasi dengannya. Memang best dan amat berbaloi membeli motosikal ini walaupun harganya agak mahal. Dulu semasa menimbang untuk membeli motosikal sebab nak power dia lebih dan mantap untuk perjalanan jauh, tetapi bukanlah untuk laju-laju dan aku rasakan hasrat itu tercapai.

sebelum perjalanan panaskan enjin dulu, periksa motosikal  mesti dalam keadaan baik.

Semalam hari Selasa, aku dan sahabat Zahrul telah merancang untuk berkonvoi ke Cameron Highland. Rancangan kali ini dibuat oleh kami berdua sahaja sebab dah tau sahabat2 yang lain sedang sibuk menikmati cuti sekolah bersama keluarga masing-masing. He he bukan tak nak ajak tapi selalunya mesti tak bleh ikut punya heh. Kami mula bergerak dari rumah sekitar jam 8.30pg terus ke Simpang Pulai. Sarapan pagi dan isi minyak di situ. Perjalan naik ke sana macam biasa sebab aku dah banyak kali naik ke sana tetapi kali ini berbesa sikit sebab menggunakan motosikal. Permandangan di dalam perjalanan memang indah dan semakin tinggi kita dapat menikmati udara yang semakin dingin. Walaubagaimanapun permandangan yang indah tadi sedikit tersentuh apabila melihat banyak kawasan hutan telah ditebang dengan rakus. Kita juga dapat melihat kelompok-kelompok tanah runtuh yang berpunca akibat penebangan hutan yang berleluasa dan kesan dari pembinaan jalan raya dari Simpang Pulai ke Kameron Highland dan Gua Musang.

sementara perjalan possing dulu

Zahrul dan LCnya

Motosikalku dalam keadaan yang amat baik, pecutan maksima semasa naik ialah 100km/j dan purata halaju dalam 80km/j sahaja tak ada masalah dan semakin tinggi tunggangan menjadi semakin mencabar sebab jalan raya semakin berselekoh. Disinilah aku mengasah kemahiran untuk mengendalikan clatch dan gear yang selama ini agak memberikan masalah teknikal pada aku sebab sebelum ini tak pernah bawa motosikal yang ada clatch. Tambah-tambah lagi motosikal ini tidak mempunyai signal top gear. Kadang-kala terlupa gear berapa yang aku guna. Sesampai di   Kg Raja jalan menjadi semakin rumit, keadaan berliku-liku dan jumlah kereta yang banyak begitu mencabar kemahiran menunggang yang aku miliki. Dari Kg Raja ke Brincang jalan dah mula sesak. Keseronokkan menunggang tadi agak tergganggu sebab tidak boleh laju dan terpaksa menggunakan gear yang rendah. Walaupun saiz motosikalku agak besar dan berat namun ianya tidak memberikan masalah semasa menciluk di tepi-tepi kereta yang terperangkap dalam kesesakkan tapi mesti yakin dan  betul-betul selamat baru cilok la jangan sangkut cermin sisi kereta orang sudah!. Disebabkan jalan yang sesak kami singgah di Bricang dahulu untuk berehat dan pekena kopi panas di medan selera serta membeli sedikit cenderahati untuk anak bila pulang nanti.

Singgah sini dulu sebab pening tengok jalan yang sesak...

pekena kopi panas memang kawww...

Melihat keadaan kesesakkan yang semakin teruk kami membuat keputusan untuk bergerak turun melalui jalan Tapah. Jalan Tapah adalah jalan asal kalau nak ke Cameron Highland sebelum adanya jalan dari Simpang Pulai, Perak. Perjalan turun juga penuh dengan cabaran. Jalan Tapah lagi teruk simpang siolnya. Nak memotong pun susah. Sekali lagi kemahiran menggunakan gear dan "enginbreaking" dapat diasah. Jika ada ruang aku mula meratah selekoh-selekoh wau memang best dan mantap. Kata Zahrul "seronok aku tengok tanyar moto hang time kona"..dia yang tengok seronok aku yang rasa lagi la seronok. Jalan Tapah memang best, kami sampai di Ringlet dan pemandang memang indah, boleh lihat ladang Teh, sepanjang perjalan turun ini kami bertemu dengan perkampungan orang asli dan gerai-gerai menjual kraftangan yang dibuat dari rotan. 

snapp jgn tak snap!!

Zahrul sedang meinkmati rakaman video yang dibuat..

Permandangan rumah orang asli di Jalan Tapah


Senyum selalu..rehat sekejap selepas penat meratah selekoh...

Sampai di Tapah lebih kurang pukul 3.15 ptg. Perjalanan yang gak lama memang terasa lenguh badan. Tulang belakang aku dah rasa macam kerosot. lenguh yang teramat. Kami singgah untuk makan tengah hari di Restoran Mee Rebus Tapah. Hujan dah mula turun. Kami bergerak ke masjid Tapah untuk solah Zohor.  Dari Tapah kami bergerak pulang melalui Temoh dan ke Kampar. Hujan lebat selebatnya menyebabkan aku dan Zahrul berhenti di pondok menunggu bas di jalan Tronoh Mines atas faktor keselamatan. Hujan tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda jadi kami pun dah alang-alang basah meneruskan perjalan pulang. 

Motosikal tu dunia semua tuuu...akhirat kena ingat juga..jom solat dulu..

Sampai rumah jam 4.50ptg dalam keadaan basah kuyup. Saddle bag kulit aku pun turut basah sepatutnya kalis air akibat penanggan hujan yang teramat lebat nasib baik SLR dan hset aku tak rosak. Fuh perjalan ini memberikan pengalaman baru yang menyeronokkan. Sepanjang perjalan aku telah merakam dalam bentuk video menggunakan hset yang aku letakkan di handle motosikal tak jemu-jemu aku melihatnya kembali. Memang enjoy...:-)

alamakk perutku! ok tak banyak gambar menarik yang diambil sebab kali ini nak enjoy ride dulu..:-)

Ok babai!!! 

Monday, December 3, 2012

Momen di Cherating

Minggu kedua cuti sekolah bermula, tiba-tiba mak mertua call isteri aku mengajak jalan-jalan di Cherating, Pahang. Apa lagi terus setuju ler nak kesana. Hari Rabu dapat call hari Sabtu dah nak bertolak, dari segi kewangan takder masalah tetapi tak dapat nak siapkan kereta seelok-eloknya untuk perjalanan jauh. Perjalanan kami bermula sekitar jam 7.30pg dari Batu Gajah, Perak. Konvoi kali ini terdiri dari 2 buah kereta sahaja. Kami menyusuri lebuh Raya Utara Selatan dan keluar melalui tol Bukit Beruntung. Seterusnya bergerak ke Kuala Kubu Baru untuk ke jalan Genting Highland. Dari Genting Highland masuk ke Lebuh raya Pantai Timur terus bergerak ke Kuatan. Dalam perjalanan ini kami singgah di Temerloh untuk makan tengah hari.



Tujuan sebenarnya di Temerloh adalah nak merasa masak tempoyak ikan patin, yang dikatakan amat glamour hehe. Sebenarnya masakan gulai tempoyak ikan patin ni dekat Perak pun ada,  malah lebih sedap lagi , tapi inilah yang dikatakan tradmark, ikan patin masak tempoyak di glamourkan semahu-mahunya di Temerloh dan sedikit sebanyak ikan patin ini menjadi daya tarikan perlancongan di sini.

sebelum terjun kolam mari bergambar dulu...

1..2..3 terjun..

fuh!! budak-budak ni memang pantang jumpa air, seronok tak terkata..


Perjalana ke Cherating agak jauh, mengambil masa sehingga 8 jam mungkin sebab banyak menyinggah agaknya. Sampai di Cherating kami menginap di The Legend Beach Resort. Memang best dekat sini sebab Resort dia terlatak berasingan dengan bagunan yang lain, Sliding doornya mengadap pantai sungguh cantik panoramanya. Terdapat juga kolam mandi yang bersih untuk berenang, kesukaan anak-anak apabila jumpa kolam, pagi petang siang malam nak berendam.

Pagi-pagi lagi selepas subuh dah siapkan kamera untuk shoot gambar matahari terbit. memang nasib agak baik matahari menjelma di sebalik awan walaupun tidak lama. Panorama waktu itu sangat cantik dengan keadaan pantai yang landai dan bersih, anak-anak sibuk bermain pasir dan mencari anak-anak ketam dan isteri mengambil kesempatan untuk berjongging sepanjang pantai. Ternyata sekali amat berbaloi datang ke sini.

Wafi dan Aina melompat sementara menunggu matahari terbit..

Silhouette..

Wah..gembiranya mereka ini..

Aina, Anis dan Wafi sememangnya bertuah kerana bergambar dalam suasana begini yang jarang-jarang dapat..


Dua malam di Cherating akhirnya kamipun bertolak balik. Dari Cherating terus ke Kuantan, Gambang, Bentong dan Raub. Dari Raub kami menyusur ke Bukit Fraser. Ayah ajak balik ikut jalan Bukit Fraser ke Kuala Kubu Baru kembali. Pemanduan mendaki ke Bukit Fraser amat mencabar. Selepas itu turun pula untuk ke Kualan Kubu. Dalam perjalanan ini 3 kali anak aku muntah. Ha ha nasib baik kereta tak rosak..Akhirnya kami sampai semula ke Batu Gajah pada jam 10 malam.

ha ha aku pun nak masuk juga!! ini dalam keadaan lowlight di beranda bilik yang disewa...

Ok babai..:-)

Sunday, December 2, 2012

Kawasaki VNII 250CC

Setiap hujung minggu aku dan keluarga akan balik ke Bagan Serai kampung tempat aku dilahirkan. Sepanjang perjalan balik itu aku akan menempuh Lebuh Raya Utara Selatan. Sepanjang perjalanan di lebuhraya itu acapkali akan bertembung dengan motosikal-motosikal berkuasa tinggi. Setiap kali melihat konvoi motosikal ini hati aku terdetik minat yang tidak terhingga. Sejak dari itu aku mula membuat pembacaan di internet dan majalah yang berkaitan dengan dunia pemotoran. Tiap-tiap bulan aku membeli majalah Roda-roda dan ada satu sekmen yang sangat aku suka yang ditulis oleh Clement Salvadori. Kebanyakkan akan menceritakan motosikal jenis cruiser dan touring. Pengalaman dan gambar-gambar sepanjang penjelajahan di US yang ditulis olehnya amat aku sukai.




Di Malaysia pada ketika ini amat popular motosikal jenis superbike dan nakedbike, model-model seperti ER6n, R1 dan lain-lain lagi sering dilihat di lebuh raya di serata Malaysia. Mungkin sebab harganya dah gak murah dan mampu dimiliki. Tapi bagi aku, aku lebih suka jenis cruiser atau easyrider. Kenapa? Sebab aku minat motosikal kuasa besar tapi aku tak suka juga laju-laju sangat. Melalui pembacaan jenis cruiser adalah motosikal jenis santai tapi memiliki enjin yang kuat untuk perjalanan jauh, lagi satu sebab aku terpengaruh dengan penulisan Clement Salvadori dalam majalah Roda-roda tadi heheh. Setelah hampir 4 bulan membuat analisis akhirnya aku memilih untuk membeli Kawasaki VNII 250CC. Alamak 250cc jer?? ha ok la tu, 250cc sebab aku tak payah susah2 nak ambil lesen lain, 250cc sebab roadtax yang gak rendah, harga motosikal ini agak mahal kalau nak dibandingkan dengan motosikal jenama lain yang sekelas dengannya. Yang terbaru dilancarkan jenis Keeway Dorado harga dalam RM12K jer tapi aku rasa lebih baik pilih jenama yang dah sedia ada yang popular iaitu Kawasaki. Di Ipoh aku dah buat servey Pusat Servis Kawasaki ada dan Kedai alat-alat ganti Kawasaki tulin pun ada di Ipoh jadi jenama Kawasaki agak baik lah   untuk dipilih. Dan yang paling penting ialah apabila menyatakan hasrat untuk beli motosikal mahal pada isteri dia diam dan akhirnya memberikan sokongan. ha ha aper lagi jadikkk....dapat lah aku memiliki Kawasaki VNII dengan harga RM 24800 tanpa aksesori. Kalau nak aksesori kena tambah lagi RM 1K.



Sedikit berkenaan dengan motosikal Kawasaki VNII 250cc. Motosikal ini kalau dilihat sekali pandang macam Jaguh keluaran Modenas jer tapi ianya memiliki enjin yang lebih mantap V twin 90 darjah, coolent jenis cecair dan pada bongkah enjinnya juga terdapat sirip-sirip penyejuk. Untuk perjalanan jauh mungkin agak berbaloi. Susah sikit berkenaan motosikal ini ialah ianya tidak mempunyai meter minyak dan meter RPM jadi agak sukar jugak nak main clacth dia, selalu jugak la terbatuk2 masa tukar gear, sebab sebelum ini tak pernah bawak motosikal ada clacth kira ini yang pertama ler.  Mempunyai 6 kelajuan dan setakat ini aku dah bawak sejauh 550KM dah tinggal sikit jer lagi untuk masuk 1000KM dan servis kali pertama, lepas ni bleh la aku memecut sesuka hati aku. Oklah nanti aku ceritakan lagi berkenaan hobi baru aku ini dari semasa ke semasa.


Okey babai...:-)

Thursday, September 20, 2012

Shoot Merdeka!!

Pagi 31 Ogos tiba-tiba terasa semangat pulak nak melihat acara sambutan ulang tahun  kemerdekaan di Ipoh. Pagi-pagi lagi kejutkan isteri dan anak-anak sebab kalau pergi seorang rasa macam tak syok pulak. Lagi pun adalah lebih baik bawa anak-anak bersama supaya mereka berpeluang melihat perbarisan secara life dengan harapan mereka dapat satu pengalaman baru nanti.





Lagi satu inilah masa yang terbaik shootgambar banyak-banyak kerana program-program yang macam inilah kita boleh bersua dengan VVIP seperti Sultan dan Menteri-menteri. Disebabkan aku ni jenis yang suka shootgambar ini adalah satu peluang menambah koleksi hobi aku dalam fotografi. Kadang-kala bini aku mengeluh juga buatper la tangkap gambar sampai berpeluh2 bukan boleh buat duit pun. "emmm hobi" itulah jawabku spontan.





Kepada semua pembaca 31 Ogos 2012 telah pun berlalu, setiap tahun persediaan untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air telah dimulakan mungkin berbulan lamanya terutama oleh agensi-agensi kerajaan seperti askar, polis dan lain-lain lagi. Sudah pastinya mereka ini tidak dapat menikmati cuti umum seperti rakyat malaysia yang lain kerana tenaga mereka dikerahkan untuk menghidupkan sambutan kemerdekaan tanah air. Cuba bayangkan anak-anak muda kita yang menjadi askar dan polis dan terlibat dalam perbarisan persediaan mungkin mengambil masa berbulan. Malah guru-guru juga giat melatih pasukan pancaragam sekolah, kadet-kadet dan lain-lain lagi. Tahniah kepada mereka semua kerana sanggup berkorban!!!  



Ha,,ha maafla pada sesapa yang telah dikandid...




Okay bye..bye..
   

Wednesday, July 18, 2012

Jurufoto di Sekolah dan Photojournalism

Photojournalism merupakan satu cabang fotografi. Kita sering terbaca di majalah-majalah fotografi berkenaan bidang foto journalism. Malah trend terkini majalah fotografi mewujudkan ruangan khas yang berkaitan fotojournalism dan cerita-cerita tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Apa yang paling istimewa ialah mereka memperkenalkan kepada para pembaca wartawan-wartawan dan jurufoto-jurufoto yang membuat tugasan yang mencabar. Sebelum saya menceburi hobi dalam bidang fotografi semuanya ini hanya sekadar gambar semata-mata dan tidak memberi erti yang lain pada saya. Sekarang setelah celik dalam bidang foto ini barulah mata saya terbuka cerah dan selalu melihat sesebuah foto dalam majalah atau surat khabar secara terperinci dari segi sudut, bokeh, jalan cerita dan lain-lain.


    Anggota pancaragam berbaju kuning ini berlari mendapatkan ahli kumpulannya selepas mendapat tahu bahawa         rombongan Perdana Menteri telah hampir tiba : Perostiwa ini berlaku ketika lawatan Perdana Menteri Dato' Seri Najib ke Tanjung Tualang.

Apa itu Photojournalism?  Photojournalism boleh didefinisikan sebagai satu foto atau imej tunggal yang digunakan untuk menceritakan sesuatu. Biasanya imej yang digunakan dalam sesebuah berita. Gambar yang menceritakan kesengsaraan perang, bencana alam dan lain-lain. Mengikut pembacaan saya fotojournalism ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu kategori iaitu yang pertama ialah di mana imej digunakan untuk mengambarkan cerita dan jenis yang kedua ialah di mana imej digunakan untuk memberitahu cerita tanpa apa-apa perkataan. Satu imej tunggal boleh digunakan. Jika anda boleh menulis - berbuat demikian, ia akan menjadi satu kelebihan apabila anda menyerahkan sesetengah imej.


            Begitu semangat sekali anak-anak muda cina ini mempersembahkan tarian naga bagi menyambut Perdana   Menteri Malaysia : Gambar ini saya snap ketika lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Tanjung Tualang.

Sebagai guru di sekolah, telah banyak gambar-gambar program yang saya telah rakamkan melalui lensa saya dan saya tertanya-tanya apabila melihat kembali gambar-gambar  program ini. Adakah ia dikategorikan sebagai photojournalism? Kalau mengikut definisi di atas mungkin ya kerana gambar-gambar ini menceritakan peristiwa yang berlaku di sekolah seperti suasana hari sukan, ucapan, perasmian, penganugerahan sijil serta lain-lain lagi. Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti di sekolah yang saya snap dan  mungkin menceritakan sesuatu.

      Mungkin ada cerita yang menarik yang perlu disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PIBG En. Chang Chong Oi kepada wakil Menteri Dalam Negeri YB Dato' Lee Chee Leong sewaktu tiba bagi  merasmikan sukan ke-40.

Bidang photojournalism adalah satu cabang fotografi yang mencabar dan menyeronokkan kerana kita perlu ada objektif dan tugasan tertentu bagi mendapat satu- satu gambar. Jika kita hendak berjaya dalam bidang ini  mungkin salah satunya kita perlu berani dan sanggup bekorban. Berani pergi ke tempat-tempat yang berbahaya semata-mata untuk tugasan seperti kawasan peperangan dan kawasan tunjuk perasaan. Pada demontrasi BERSIH yang lalu seorang jurugambar cedera teruk di belasah dan seorang jurugambar kita telah terbunuh di Somalia. Ya itulah yang saya maksudkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...