Baru-baru ini Pekan Tanjung Tualang telah dilawati oleh rombongan lawatan Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Hadir bersama-sama beliau ialah isteri dan beberapa orang menteri. Kesempatan ini aku ambil untuk merakam gambar beliau secara dekat. Walaupun dah tahu yang beliau akan sampai sekitar jam 11 pagi namun disebabkan semangat, aku telah sampai sekitar jam 9 pagi lagi. Persekitaran pekan Tg Tualang sangat sibuk. Berbagai bangsa telah berkumpul termasuk budak2 sekolah sekali. Keadaan sekeliling dikawal ketat oleh FRU, Polis dan RELA. Pekan Tg Tualang yang biasanya sepi menjadi kecoh, ramai jurugambar2 berkampung disitu termasuklah aku sekali yang sibuk2 ( hanya untuk koleksi peribadi ). PM datang dengan bas dan turun betul2 depan simpang pekan TG Tualang. Ramai orang berserbu termasuk jurugambar2 yang dari tadi menunggu untuk mendapatkan gambar2 sebagai habuan mata rakyat malaysia yang membaca surat khabar.
Kesibukan para peserta untuk membuat pertunjukkan...
Pak Badut pun ada tapi matahari dah meninggi cuaca dah semakin panas sampai Badut pun berkipas...
Pakci dan Abang RELA yang sangat petriotik...(macam mana mau kasi sama lu gambar aaa., wa takdak lu punya nombo...)
Dah banyak pengalaman ni..siap bawak tangga...
Wartawan dan jurufoto menjalankan tugas...gambar macam hampas..
Fokus tak betul lagi susah betul nak ambaik gambar dia dgn orang ramai yang bertolak-tolak..
Canon is the best!!
Akhirnya dapat jugak closeup dengan PM kita ini pakai lens 50mm
Antara yang terdekat jarak kurang dari 1 meter
Jelas sekali kulitnyer yang putih kemerahan...
Terima kasih Dato' kerana sudi singgah di tempat saya..
Kepada semua pembaca, ini adalah pengalaman aku yang tak mungkin berlaku lagi. Mengambil gambar Perdana Menteri Malaysia dengan jarak yang amat dekat adalah satu kejayaan dan amat berharga buat diriku. Okey sampai sini dulu entri kali ini byee...:-).
No comments:
Post a Comment