Monday, October 31, 2011

Aku kecewa di Kuala Kangsar Jamboree...

Seawal 5 pagi lagi aku, Yus, Rizal dan adiknya bertolak dari rumah ke Kuala Kangsar bagi menyertai Kuala Kangsar MTB Jamboree Bandar Diraja. Semangat pagi ini lain sikit maklumlah bakal berkayuh dengan ribuan peserta sukan MTB dari seluruh Malaysia. Sesampainya kami di perkarangan Arena Square Kuala, kelihatan para rider sedang sibuk menyiapkan basikal masing-masing. Sekali-sekala beberapa kumpulan riders melintas di hadapan dan belakang kami menjadikan suasana kelihatan sibuk. Sampai saja di tempat perlepasan kelihatan beribu riders sedang menunggu saat dilepaskan. Semangat ketika itu sangat tinggi. Terdengar pengumuman dari penganjur bahawa pelepasan kali pertama adalah kayuhan mengelilingi pekan Kuala Kangsar bersama VIP namun semasa berkayuh itu disebabkan peserta yang ramai dan jalan tidak dibuat searah ditambah lagi dengan tiada penunjuk arah maka keadaan menjadi kelam kabut. Ada yang meneruskan kayuhan mendaki Bukit Candan dan ada yang berhenti dan berpatah balik. Kata-kata busuk dari peserta yang hilang sabar mula kedengaran. Sepatutnya ada pelepasan kedua tetapi ianya tidak berlaku kerana keadaan kelam kabut tadi menyebabkan pihak penganjur seperti hilang kawalan. Maka riders2 pun terus sahaja memulakan kayuhan tanpa ada wisel pelepas yang rasmi. ( ini bab permulaan ).

Photobucket
Bergaya sedikit setelah bersiap sedia..

Photobucket
Hariss, Yus dan Rizal..riders  CMY Cycling Club

Photobucket
Menunggu saat pelepasan..

Photobucket
Antara wajah2 para riders...

Semasa di dalam trek offroad bukit yang didaki sangat mencabar tetapi disebabkan riders terlalu ramai, aku tidak dapat melayan bukit dengan baik. Ada sesetengah bahagian bukit yang aku dapat kayuh dan memang best berkayuh layan bukit barulah Mountainbike namanya. Daripada naik bukit turun bukit sampailah ke checkpoint 1, apa yang aku dapati air diberi dalam cawan kecil sahaja aku ingatkan dalam botol dan ini menyebabkan perancangan aku gagal. Aku tidak membawa bag air kerana menyangkakan akan ada bekalan air dalam botol di setiap check point. Kini aku meneruskan kayuhan berbekalkan air dalam botol aku sahaja. Laluan seterusnya menempuh bendang, kampung dan mendaki bukit kembali. Seterusnya memasuki hutan getah. Pada ketika ini aku dah mula hairan kerana masih tidak bertemu check point kedua, kayuh dan kayuh akhirnya tembus semua ke jalan raya. Sehingglah sampai ke garisan penamat, pihak penganjur pun mencatatkan yang aku antara peserta yang ke 598 riders yang telah sampai. Aku telah diberikan medal mas. Aku hubungi Yus dan Rizal masing-masing masih tidak sampai lagi. Akhirnya aku dapat tahu yang aku salah trek. Nak kata aku sorang tak juga sebab didepan dan belakang aku ramai juga riders ikut trek yang sama. Aku dah mula rasa kecewa dan hampa. Keghairahan waktu mula tadi terus hilang. Bayangkan orang lain buat kayuhan 55km aku buat 30++km sahaja. Betapa kecewanya aku, no 598 yang tercatat di plate basikal aku seperi tidak berguna. Perkara ini mungkin terjadi disebabkan pihak penganjur tidak menyediakan penunjuk arah yang baik. Malah ada yang kata disebabkan satu laluan telah dipenuhi dengan tebuan maka pihak penganjur telah mengubah arah laluan. Aku balik ke Batu Gajah dengan hati yang kecewa. Teramat kecewa.
Photobucket
Bukit pertama yang harus ditempuhi...

Photobucket
Ketika permulaan semua riders masih tersenyum

Photobucket
Ini pun daki bukit juga...

Hari ni aku buka kembali blog Kuala Kangsar Jamboree dan aku dapati bukan aku sahaja yang tidak puas hati malah ramai lagi yang tdak puas hati. Apa2 pun ini pengalaman buat aku. Aku harap semangat ini tidak luntur kerana inilah satu2nya sukan yang aku sertai dengan minat yang tinggi. Kepada pihak penganjur jika terbaca blog aku ini kelemahan mungkin berpunca dari perancangan dan kekurangan kru. Hanya kelihatan Pertahanan Awam, semasa di dalam hutan tidak ada kru yang menjaga. Ada yang krem tetapi tidak boleh buat apa kerana bantuan keselamatan tidak ada."INGAT PENUNJUK ARAH YANG PENTING SEKALI". Aku keceWAAAAAAA.....

Photobucket
Laluan merentas bendang selepas check point 1

Photobucket
Zoom dari jauh...

Walaupun aku kecewa, namun aku tak akan pulaukan aktiviti ini di masa akan datang seperti luahan para riders lain di blog-blog, kerana tanpa program2 ini maka sukan MTB akan menjadi sepi. 
Photobucket
Tahniah para riders walaupun dapat ranking ribu2 tapi berjaya melalui semua checkpoint tak macam aku..

Ok bye..:-(

Thursday, October 13, 2011

Shootgambar YAB Dato' Sri Najib PM Malaysia

Baru-baru ini Pekan Tanjung Tualang telah dilawati oleh rombongan lawatan Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Hadir bersama-sama beliau ialah isteri dan beberapa orang menteri. Kesempatan ini aku ambil untuk merakam gambar beliau secara dekat. Walaupun dah tahu yang beliau akan sampai sekitar jam 11 pagi namun disebabkan semangat, aku telah sampai sekitar jam 9 pagi lagi. Persekitaran pekan Tg Tualang sangat sibuk. Berbagai bangsa telah berkumpul termasuk budak2 sekolah sekali. Keadaan sekeliling dikawal ketat oleh FRU, Polis dan  RELA.  Pekan Tg Tualang yang biasanya sepi menjadi kecoh, ramai jurugambar2 berkampung disitu termasuklah aku sekali yang sibuk2 ( hanya untuk koleksi peribadi ). PM datang dengan bas dan turun betul2 depan simpang pekan TG Tualang. Ramai orang berserbu termasuk jurugambar2 yang dari tadi menunggu  untuk mendapatkan gambar2 sebagai habuan mata rakyat malaysia yang membaca surat khabar. 

Photobucket
Ramainyer orang...keadaan ketika itu...

Photobucket
Kesibukan para peserta untuk membuat pertunjukkan...

Photobucket
Pak Badut pun ada tapi matahari dah meninggi cuaca dah semakin panas sampai Badut pun berkipas...


Photobucket
Pakci dan Abang RELA yang sangat petriotik...(macam mana mau kasi sama lu gambar aaa., wa takdak lu punya nombo...)

Photobucket
Dah banyak pengalaman ni..siap bawak tangga...

Photobucket
Wartawan dan jurufoto menjalankan tugas...gambar macam hampas..

Photobucket
Fokus tak betul lagi susah betul nak ambaik gambar dia dgn orang ramai yang bertolak-tolak..

Photobucket
Canon is the best!!

Photobucket
Akhirnya dapat jugak closeup dengan PM kita ini pakai lens 50mm

Photobucket
Antara yang terdekat jarak kurang dari 1 meter

Photobucket
Jelas sekali kulitnyer yang putih kemerahan...

Photobucket
Terima kasih Dato' kerana sudi singgah di tempat saya..

Kepada semua pembaca, ini adalah pengalaman aku yang tak mungkin berlaku lagi. Mengambil gambar Perdana Menteri Malaysia dengan jarak yang amat dekat adalah satu kejayaan dan amat berharga buat diriku. Okey sampai sini dulu entri kali ini byee...:-).

Monday, October 10, 2011

UTP MTB Jamboree...kayuhan tercorot sebab kejang...

Salam semua kali nak cerita pasal basikal gunung plak. Baru2 ini bertarikh 8 Oktober telah berlangsung satu Jamboree MTB yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Petronas. Ahli kumpulan yang masuk terdiri dari aku sendiri, Rizal, Eja dan Yus. Dalam 4 orang ni aku la yang paling last menghabiskan 44km kayuhan ( ha ha betapa lemahnya aku!!). Kayuhan bermula sekitar jam 7.45pg bermula di hadapan dewan Canselor UTP dan merentas jalan biasa sejauh 11km. Selepas itu masuk ke offroad mendaki bukit di kawasan hutan sawit terus tembus ke Felcra Nassaruddin. Masuk semula ke dalam hutan sawit dan tembus ke perkampungan asli naik bukit dan turun bukit tapi jalan bertar. Selepas itu tempoh pulak single track hutan belukar yang licin dan becak. Memang best semasa kayuhan berlangsung. Disebabkan pesertya tidak ramai seperti jamboree2 yang lain dalam masa2 tertentu rasa seperti berkayuh seorang kerana pandang di depan tidak ada orang dan paling kebelakang pun tidak nampak peserta lain, mula terasa dalam hati "aku ke yang paling last" tapi ternyata tidak rupa2nya masih ramai lagi yang tertinggal dibelakang...oklah itulah sedikit sebanyak ceritanyer. Sekarang tengah bersiap sedia pula untuk Jamboree Kuala Kangsar yang lebih ramai peserta di sana. Oh ya terlupa pulak nak maklumkan yang YUs dan Eja bejaya dalam cabutan bertuah masing2 mendapat tiub dan satu tong minyak pelincir petronas 4L. 

waktu peserta berkumpul.

Masa kayuhan bermula...

Photobucket
bukti berjaya tamatkan kayuhan hehe....

Ok sekian dulu buat kali ini...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...