Tuesday, December 28, 2010

Secondhand yang baru..Cik City Silver

Tajuk secondhand yang baru...secondhand sebab aku pemilik kedua, yang baru sebab aku baru beli hehe jadi secondhand yang baru...inilah dia kereta baru yang aku pakai...aku gelar dia Cik City Silver. Jenis Honda City, biasanya orang beli kereta ini untuk isteri pakai. Itu sebab aku gelar dia Cik City Silver. Silver pulak sebab warna dia, warna silver. Semperna perkahwinan kami  yang ke 7 tahun dan kereta iswarapun dah luluh dimakan usia jadi aku membuat keputusan untuk membeli kereta ini. Merata tempat, seluruh Ipoh kami dah cari hinggalah bertemu dengan cik City ini. Isteri aku nak juga Honda City nak buat macam mana, ikut aku, aku lebih suka Toyota Vios. Apa2pun secondhand jelah..setelah diconggak gaji dan kemampuan kereta ini jer la yang termampu. Kereta ini keluaran tahun 2005, condition masih macam baru sebab mengikut tokey kedai usecar tu pemilik asal kereta ni seorang perempuan kaya. Keluarganya membuat bisnes kenderaan berat seperti traktor, backhoe dan lain2 lagi. Jadi dia ada banyak kereta, so kereta ini dia tidak pakai sangat, memangpun aku chek odometer dia baru 20000KM, Myvi aku sama juga tahun 2005 tapi odometer dan 100000km lebih. Body elok tidak calar dan interior juga elok so aku pun setujula beli kereta ini. Kini kereta ini dah 2 minggu dengan aku, Aku dah jauuuuhh kami berjalan memang betul condition kereta ini masih macam baru. Terima kasih yang Allah kerana melimpahkan rezeki yang baik pada aku dan keluargaku...

Photobucket
Enjin jenis VTEC.

Photobucket
Honda City fullspect

Photobucket
Bahagian dalam

Photobucket
Stereng kawalan

Photobucket
Odometer baru 20Kkm

Photobucket
Padangan sisi

Photobucket

He he Cik City Silver...



Terima kasih WLE 5185

He he tengok tajuk macam suspen jer. Ini nak cerita sedih sikit. Aku telah membuat keputusan untuk menjual kereta iswara kesayangan aku. Aku beli kereta ini pada September 2003. Begitu banyak jasa kereta ini pada aku. Dengan kereta ini lah aku menjadi cekap memandu. Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang aku bersama kereta ini. Aku teringat sewaktu mula aku membeli kereta ini, masa tu aku baru 2 tahun bekerja di  sebuah Kilang di Rawang. Aku beli kereta ni dengan deposit RM 450, masa tu aku terdesak nak guna kereta, namun dalam masa yang sama nak simpan duit untuk berkahwin. Jadi setelah dikira gaji dan kemampuan aku, maka aku pun beli la kereta ini walaupun ada sesetengah kawan2 memberi pendapat tak berapa syok kalau guna iswara ni sebab model ini dah agak lama. Nak beli Wira nak kena bayar deposit sampai RM6000 memang aku tak dak duit masa tu. Dari mula tergagap2 membawa kereta sampailah ke tahap sekarang dengan kereta ini lah. Begitu banyak jasa dia. Yang paling aku suka bila dia nak meragam mesti ditempat yang tak menyusahkan aku. Penah tayar dia pecah dalam masa yang sama ada tokey tayar datang ofer nak repair tayar yang pancit. Aku juga pernah terlibat dengan kemalangan dengan kereta ini. Bukan aku yang langgar tetapi orang yang langgar aku, namun mujurlah perkara ini berlaku dekat dengan tempat aku tinggal kalau jauh2 mungkin akan menyusahkan aku. Aku terpaksa jual juga engkau sebab harga kau dah semakin rendah...aku berharap suatu hari nanti aku jumpa kau lagi wahai WLE 5185 dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim aku tamatkan perkhidmatan engkau..

Photobucket

Dalam kenangan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...