Sunday, December 2, 2012

Kawasaki VNII 250CC

Setiap hujung minggu aku dan keluarga akan balik ke Bagan Serai kampung tempat aku dilahirkan. Sepanjang perjalan balik itu aku akan menempuh Lebuh Raya Utara Selatan. Sepanjang perjalanan di lebuhraya itu acapkali akan bertembung dengan motosikal-motosikal berkuasa tinggi. Setiap kali melihat konvoi motosikal ini hati aku terdetik minat yang tidak terhingga. Sejak dari itu aku mula membuat pembacaan di internet dan majalah yang berkaitan dengan dunia pemotoran. Tiap-tiap bulan aku membeli majalah Roda-roda dan ada satu sekmen yang sangat aku suka yang ditulis oleh Clement Salvadori. Kebanyakkan akan menceritakan motosikal jenis cruiser dan touring. Pengalaman dan gambar-gambar sepanjang penjelajahan di US yang ditulis olehnya amat aku sukai.




Di Malaysia pada ketika ini amat popular motosikal jenis superbike dan nakedbike, model-model seperti ER6n, R1 dan lain-lain lagi sering dilihat di lebuh raya di serata Malaysia. Mungkin sebab harganya dah gak murah dan mampu dimiliki. Tapi bagi aku, aku lebih suka jenis cruiser atau easyrider. Kenapa? Sebab aku minat motosikal kuasa besar tapi aku tak suka juga laju-laju sangat. Melalui pembacaan jenis cruiser adalah motosikal jenis santai tapi memiliki enjin yang kuat untuk perjalanan jauh, lagi satu sebab aku terpengaruh dengan penulisan Clement Salvadori dalam majalah Roda-roda tadi heheh. Setelah hampir 4 bulan membuat analisis akhirnya aku memilih untuk membeli Kawasaki VNII 250CC. Alamak 250cc jer?? ha ok la tu, 250cc sebab aku tak payah susah2 nak ambil lesen lain, 250cc sebab roadtax yang gak rendah, harga motosikal ini agak mahal kalau nak dibandingkan dengan motosikal jenama lain yang sekelas dengannya. Yang terbaru dilancarkan jenis Keeway Dorado harga dalam RM12K jer tapi aku rasa lebih baik pilih jenama yang dah sedia ada yang popular iaitu Kawasaki. Di Ipoh aku dah buat servey Pusat Servis Kawasaki ada dan Kedai alat-alat ganti Kawasaki tulin pun ada di Ipoh jadi jenama Kawasaki agak baik lah   untuk dipilih. Dan yang paling penting ialah apabila menyatakan hasrat untuk beli motosikal mahal pada isteri dia diam dan akhirnya memberikan sokongan. ha ha aper lagi jadikkk....dapat lah aku memiliki Kawasaki VNII dengan harga RM 24800 tanpa aksesori. Kalau nak aksesori kena tambah lagi RM 1K.



Sedikit berkenaan dengan motosikal Kawasaki VNII 250cc. Motosikal ini kalau dilihat sekali pandang macam Jaguh keluaran Modenas jer tapi ianya memiliki enjin yang lebih mantap V twin 90 darjah, coolent jenis cecair dan pada bongkah enjinnya juga terdapat sirip-sirip penyejuk. Untuk perjalanan jauh mungkin agak berbaloi. Susah sikit berkenaan motosikal ini ialah ianya tidak mempunyai meter minyak dan meter RPM jadi agak sukar jugak nak main clacth dia, selalu jugak la terbatuk2 masa tukar gear, sebab sebelum ini tak pernah bawak motosikal ada clacth kira ini yang pertama ler.  Mempunyai 6 kelajuan dan setakat ini aku dah bawak sejauh 550KM dah tinggal sikit jer lagi untuk masuk 1000KM dan servis kali pertama, lepas ni bleh la aku memecut sesuka hati aku. Oklah nanti aku ceritakan lagi berkenaan hobi baru aku ini dari semasa ke semasa.


Okey babai...:-)

52 comments:

  1. ..aku masih lagi tercari Yamaha Drag Star 650 2nd.hand...Sekali tu pernah tengok di kedai baru dok bargain harga next 3 days datang dah kena sapu..aduiiii!!!

    ReplyDelete
  2. aa biasa ler benda macam ni memang macam pisang goreng kejap jer orang sapu..

    ReplyDelete
  3. sy ada guna,..dari segi perfomance mmg hebat...org duk ckp aperlah 250cc klu nak pakai besar lah,,,ada yg ckp pun pakai motor besar pun xder...nk suruh ambil besar...so far..kelajuan mmg tiptop..leh follow er6n no hal nya...

    ReplyDelete
  4. hari tu ada ternampak satu VNII yg modified..leh tahan juga cantik...

    ReplyDelete
  5. Atas jalan memang best,cadang nak letak cermin pengadang angin sebab terjahan angin sangat kuat masa halaju 120km/j. Benda ni baru lagi sayang pulak nak modified lagi, tunggu ler lama skit heheh..

    ReplyDelete
  6. Atas jalan memang best,cadang nak letak cermin pengadang angin sebab terjahan angin sangat kuat masa halaju 120km/j. Benda ni baru lagi sayang pulak nak modified lagi, tunggu ler lama skit heheh..

    ReplyDelete
  7. Your bike looks so cool - I will certainly buy one now as I retire in Malaysia. What a pity I do not speak, read or write in Behasa Melayu as I would really like to read and understand your articles and blog.

    This is a really nice website - well done and kind regards,

    Ian Malik (Butterworth, Penang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try to use google translater, it may be able to help you. I use the Malay language that is easily understood if translated using google translator.

      Delete
    2. i would like to buy Vulcan VN 2

      any shop in penang or kedah can suggest for get more information ?

      for your information i am newbie and never touch any bike above 125 cc.

      hope to get respond ASAP.


      Thank :D

      Delete
    3. U can visit kawasaki motor dealers from kawasaki malaysia webpage

      Delete
    4. Go to kawasaki motor deakers. Get the address frm kawa malaysia web page

      Delete
  8. salam.. baru amik sbijik. minggu lepas. mmg mantap.. kuar kedai terus ke GIVI..pasang windshield dan braket untuk box belakang. haha aku buat pegi keje ari2. Yang best cilok celah2 keta tder hal.

    ReplyDelete
  9. Baru ambik sebijik..puas hati bwk..cuma kawa dah xkuarkan aksesori dia lg...keena order ovesea semuanya...byk ler cikit duit kuar...kat mana ye nk order custom saddlebag dgn harga berpatuttan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula.. aku pun order saddle bag kat china jer lol... jumpa kat ebay bukan kulit laa.. tapi belasah je laa.. bawah RM200..blum masuk cukai kat kastam lagi dlm RM70. Nak senang bli kat GIVI jerr dlm RM700-1200.

      Delete
    2. Khalid sitiawan dan john labu terima kasih kerana sudi membaca blog. saddle bag yang macam saya guna tu harga dalam rm230 saya beli ni kedai aksesori motosikal di Ipoh. Itupun kena oder 2 minggu lepas tu baru boleh dapat. yang saya guna tu kulit tahan haba, kena ekzos kira ok lagi la boleh tahan tak lebur, tapi kalau hujan terlalu lebat ia tak kalis air.

      Delete
  10. Wah dah semakin ramai pengguna VNII nie. Pada awalnya jualan VNII ni agak slow di kedai-kedai kerana peminat superbike lagi ramai dan harga lebih kurang seiring. :-)

    ReplyDelete
  11. Jom share gambar VNII masing-masing kat FaceBook Kawasaki VNII Malaysia..

    https://www.facebook.com/pages/Kawasaki-VNII/620820784624160?ref=hl

    ReplyDelete
  12. Salam Sofian Aziz.
    Baru cadang2 nak amik satu. Performance dia ok ke? Macam mana plak dengan maintenance? Mahal tak?. Tq for sharing the info..

    ReplyDelete
  13. Performance dia sangat baik, paling laju masa di highway yang pernah saya buat 130km/j itupun tak habis koyak trotle sbb gayat, rintangan angin sangat kuat, ketika kelajuan tinggi tiba-tiba dihadapan ada halangan atau selekoh saya perlahankan pecutan apa yang best tak perlu drop gear pada gear 6 dia masih boleh pickup lagi. Saya pernah turun cameron highland mengikut jalan Tapah, main selekoh di sana memang best. Motosikal ni memang best tapi perlu ingat easyrider bukan untuk laju. Maintenance murah jer, Filter minyak rm 50, minyak 2 botol, satu botol RM 50. last saya servis rm150 sahaja. Coolant 15000km baru tukar yang baru.

    ReplyDelete
  14. Salam tuan..
    Sy bercadang nak amik motor ni.. Mula2 igtkan nak amik jenis superbike tp sbb dah ade anak bini nak jugak merasa jalan2 dgn dorg naik motor.. Superbike cam x seswai je.. So pilih la jenis
    cruise ni..
    Sy just nak tau selesa x seat belakang die tu kalo bwak pembonceng? Dan overall performance motor tu skang ni? Ade major problem ke..? Etc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Sori lambat balas, moto ni tak laju bang, saya bawak kat highway paling laju pun 130 tu pun tak habis pulas trotle sebab gayat jugak. Handling sangat baik, motor ni rendah memang best main conner, lagi satu tork dia kuat so pada gear tinggi tiba-tiba terslow sebab halangan kita tak perlu drop gear just pulas jer minyak masih lagi boleh pickup. Bawak penumpang ha ha lagi best la sebab lagi berat goyang dia kurang.

      Delete
  15. Assalam encik boleh saya tau harga untuk side box tu sebab saya bercadang nak belikan untuk ayah mertua saya sebagai hadiah hari lahir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,

      Saya beli saddle bag tu di kedai aksesori motosikal, kena oder dulu sbb kebanyakkan kedai aksesori tak jual saddle bag untuk easy rider ( maklum ler motor ni kurang popular), Harga masa saya beli dalam rm200,

      Delete
  16. Salam bro Sofian, saya pun baru pakai VNII tak sampai sebulan. Salam perkenalan dan mohon tunjuk ajar. TQ.
    Link Facebook saya: https://www.facebook.com/Metalxone

    ReplyDelete
  17. As salam dan selamat pagi semua. Saya baru beli VN11 tu ni 2 bulan yang lalu. 2nd hand model 2010. Owner lama customised banyak jugak...mudguard, footrest, lampu belakang dah tukar vulcan 800 rasanya..ekzoz twin. setakat ini saya baru menunggang dalam 300 km..puas hati sangat. Dengar kata kawasaki tak jual lagi model VN11 ni..akan timbul masalah sparepart ke nanti?

    ReplyDelete
  18. Salam.bleh bg website address or contact no untuk beli saddle bag and backrest?baru beli vn11 250 dan benda ru satu keprluan

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. klau ori kawasaki punya mmg mahal giler, saya tanya ari u lebih RM2500.
    kalau beli custom bawah RM1000 tapi tak cantik..saya cadang bli kat ebay jer murah dan cantik..saiz ukuran ngam gan VN250.. kat luar diorang still panggil Eliminator v250. link kat bawah nie
    http://www.ebay.com/itm/Backrest-Sissy-Bar-for-Kawasaki-Eliminator-BN125-01-09-VN250-02-07-03-04-G-gtFr-/161367396281


    kalau saddle bag kulit kat KL , bleh bli kat pertama complex..mmg murah2 ada dua tiga kedai yang jual harga bawah RM300 jerr..

    ReplyDelete
  21. Salam..pagi ne vn250 saya meragam..lepas clutch enjin terus mati..jd mcm tongkat motor xangkat..klau sapa2 tau problem nie mntk tlg share..tq bros...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah i, tongkat angkat atau tak angkat pun bike boleh jalan..

      mungkin moto you clutch kena pi check kut

      Delete
  22. Salam broo..
    Saya duduk Kudat..Sabah..
    Vulcan 650 S .. 2015 baru nak lunch d Malaysia bulan Mac ni.. memang minat cruiser..baru first time beli ni..dulu masa bujang2 bawa honda rider..135cc... dah kawin bawa kapcai lah..suzuki best..sekarang masih ada lagi.. dah otai ni..nak cuba cruiser pula..
    So harap dapat ilmu dari kawan2 d sini ..

    ReplyDelete
  23. Salam bro... nk tanyà mana nk dpt saddlebags utk motor ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. you orang mana ?? i orang kedah. i tau je dekat kedah dan penang. tempat lain i tak pasti le.

      Delete
  24. ni group VNII yang i baru buka,

    mungkin kita boleh gather VNII rider kat sana and share masalah masing masing dan mana boleh cari accesori last sekali mungkin kita boleh jupa sekali sekala kut :D

    https://www.facebook.com/groups/113250349023173/

    free to join lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. i baru beli VNII secondhand tak sampai seminggu lagi :D banyak nak belajar lagi. sila beri tunjuk ajar :D

      Delete
    2. sy nk jual.siapa brminat boleh email
      nurulanam10@gmail.com

      Delete
  25. Assalamualaikum.. Nk tnya area Kedah/PENANG ada jual x saddle bags dya.

    ReplyDelete
  26. Jom kita tubuh club VN11..boleh ride santai2��. Saya Dari JB. Beli pada Jan 2013.

    ReplyDelete
  27. Assalam. Saya baru ambil motor ni mgu lps 2nd hand la. Boleh join kut

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum..
    Kepada sesiapa owner vnii yg ingin join group , sila whatsapp sy di 0163241493. Pada 12-13 ogos, kami baru laksanakan ride pertama kami ke pengkalan balak. Lets join our vnii family!

    ReplyDelete
  29. saddle bag sebelah kanan tu tak panas kena exhaust gas?

    ReplyDelete
  30. So far takda masalah panas slh kanan tu

    ReplyDelete
  31. Dah 9 bln saya berulang alik pergi kerja, 120km sehari atas highway PLUS. Maksimum speed pernah test 145 kmj blm habis pulas lagi. Takda masalah dgn vn ll ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh speed lagi tu tapi tak selesa dah.sedap bawa 120km/h.sepoi2 pipi kena tampar angin.hahah...

      Delete
  32. Hi, aku memang perminat VII 250. Ingin nak beli satu. Sesiapa beminat nak jual. Sila hubungi saya...kenyon_tang@yahoo.com..terima kasih

    ReplyDelete
  33. hai..saya nk jual kawasaki vulcan vnII 250..Harga rm10k..berminat whatapp 0133293508..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...