Friday, July 8, 2011

Custom Album..Adobe Photoshop CS3

Cuti sekolah yang lalu sempat juga aku ciduk ilmu baru dari abang ipar aku. Belajar macam mana nak buat custom album menggunakan perisian adobe photoshop CS3. Custom album ni popular bagi jurugambar perkahwinan. Mereka selalu hasilkan custom album yang diprintkan dalam bentuk buku gambar2 pengantin. Semengnya ia amat menarik jika hendak dibandingkan dengan album gambar biasa. Namun kos untuk menghasilkannya agak tinggi. Sebelum aku buat custom album aku, aku selidik dulu berapa harga dia, kata cina kedai gambar tu custom album yang selalu dia bikin adalah saiz 8 x 12 inci. Kalau semua dia buat harga dalam RM190 sebanyak 10 muka surat. Kalau kita buat sendiri dan suruh dia printkan sahaja, dia ambil RM5 bagi satu page. Jadi 10page x RM5 baru kos dia dalam RM50. Custom album semakin mendapat tempat bagi pasangan2 pengantin baru kerana ianya sangat unik dan comel, menarik tambah2 lagi kalau jurufoto mengedit gambar dengan baik. Kalau ada yang berminat buat cusom album carilah peluang untuk belajar. Kalau dah ada asas photoshop ianya senang sahaja. Kalau rajin mungkin boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Ok kat bawah ni ada la 2, 3 page yang aku dah buat utk simpanan peribadi aku.

Photobucket
masa tengah buat.

Photobucket
Muka hadapan dan belakang

Photobucket
page 1

Photobucket
page2

Photobucket
page3

Photobucket
page4

Photobucket
page 5

oklah aku pun baru jer belajar..kalau salah tolong tunjukkan...he he bye..bye..:-)

4 comments:

  1. cuba try dkt url nie

    http://www.teamaryzs.com/search?q=photoshop+cs3

    ReplyDelete
  2. Nama kedai buat custom album murah :

    Advance colour
    Jln Klang lama, PJ Selangor.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...