Sunday, March 25, 2012

Puas kayuh di Batu Gajah MTB Jamboree walaupun ranking ratus-ratus

Ini adalah kali partama Jamboree MTB yang aku sertai pada tahun ini. Sebab utama aku join kerana ianya dianjurkan di Batu Gajah tempat aku bermastautin. Hehe  kira tuan rumah la walaupun aku tak terlibat langsung dengan penganjuran. Baiklah Batu Gajah MTB Jamboree ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Batu Gajah sempena Tahun Melawat Perak. 

 

Seminggu sebelum acara ini berlangsung aku, Rizal, Pejal dan Harris telah bersama-sama crew Majlis Daerah mencuba trek dan pada masa itu pelbagai masalah dihadapi seperti kaki kejang dan keletihan yang amat sangat. Kami telah mendapat petua dari sahabat2 sekayuhan dia mana mereka mencadangkan agar sebelum kayuh nanti minum air garam dahulu dan sediakan minuman isotonik agar tenaga tidak lemah semasa kayuhan nanti.

Petua yang diberi aku ikut dan memang betul tenaga aku agak kuat semasa berkayuh. Kaki aku tidak kejang dan badan pun tidak lemah. Memang betul petua itu dan akan aku amalkan sampai bila-bila. Kami dilepaskan  tepat pada pukul 7.30 pagi. Kayuhan 8km pertama onroad dan seterusnya masuk ke offroad. Boleh dikatakan trek agak mencabar di mana terdapat banyak bukit walaubagaimanapun keadaan cuaca yang baik dan tidak hujan  menyebabkan trek tidak becak dan tidak licin. Namun begitu ada juga riders yang jatuh kerana gagal mengawal basikal sewaktu downhill yang agak panjang. Tapi tidak mengapa kerana petugas-petugas agak pantas memberikan bantuan.

Berjaya menamatkan kayuhan, peserta yang ke 627 berjaya sampai ke garisan penamat.

Papan tanda penunjuk arah ditunjukkan dengan jelas namun ada juga yang tidak mengikut papan tanda sebab nak ikut jalan pintas. Apa-apapun aku sangat berhati-hati dengan arah trek kerana aku tidak mahu peristiwa  ketika Jamboree Kuala Kangsar berulang lagi. Bekalan air aku bawa secukupnya dan sampai ke waterpoint aku ambil lagi 2 botol buat simpanan. Mujurlah penganjur menyediakan bekalan yang mencukupi. 

terlupa reset meter semasa mula kayuhan. jarak kayuhan sebenar 40KM++

Aku berjaya kembali ke garisan penamat pada jam 11 pagi dan menghabiskan masa kayuhan dalam tempoh 4 jam ( haha aku bukannya kuat sangat ) dan berjaya mendapat ranking bernomber 627. Dalam group kami Yus tiba paling awal, diikuti oleh Rizal dan Harris. Tahniah diucapkan kepada mereka. Ramai yang mendapat hadiah cabutan bertuah dan Yus berjaya mendapat sebuah basikal mountainbike Raleigh 8 speed berharga dalam RM1500. Tahniah Yus...

Yusri bergambar bersama basikal yang dimenanginya melalui cabutan no bertuah. Disebelah kanannya ialah Dato' DO Majlis Daerah Batu Gajah.

Kepada pengajur aku nak ucapkan tahniah juga kerana penganjuran yang baik dan cemerlang namun begitu ada juga komen-komen yang aku dengar antaranya ialah hadiah banyak tetapi kenapa tak berikan kepada riders yang mendapat ranking 1 hingga 10, barulah penat lelah mereka berbaloi. Sijil tak disediakan, riders hanya mendapat medal emas untuk semua ranking. Apa-apa pun aku amat berpuas hati..;-)


OK kita cuba di Jamboree yang lain pula!! bye..;-)

Monday, March 19, 2012

Puas bila lihat gambar dalam bentuk Custom Album

Entry kali ini nak ceritakan mengenai custom album. Semasa upacara majlis persaraan seorang rakan iaitu cikgu Tan Nazis di sekolah, aku telah mengamil gambar majlis tersebut dari awal hingga akhir. Jadi apabila melihat gambar-gambar berkenaan aku syorkan kepada beliau agar dibuat dalam bentuk custom album sebagai tanda kenang-kenangan beliau semasa berkhidmat di sekolah dan beliau terus bersetuju. Untuk makluman custom album sememangnya cantik tetapi harganya sangat mahal. Aku dah selidik pakej-pakej perkahwinan dan mendapati pakej yang mempuyai custom album adalah dalam harga RM1K dan keatas. Kepada semua jika kita pandai membuat custom album sendiri sebenarnya harganya tidak melebihi RM200. Tapi bukan semua orang pandai ambil gambar dan edit di photoshop. Upah edit dan upah jurufoto itulah yang menjadikannya amat mahal. Custom album boleh dibuat dalam pelbagai saiz seperti 8 x 12,  8x 24, 10 x 30 dan lebih besar lagi namun kena ingat lagi besar lagi la mahal. Pelbagai aksesori boleh dimasukkan dalam custom album sebagai tambah nilai seperti kulit kristal dan bermacam2 lagi agar custom album yang dihasilkan nampak lebih cantik. Untuk album Cikgu Tan ini aku buat dalam saiz 10 x 30 inci dan kulit dilapik dengan kepingan kristal. Wah!! bila dah siap memang nampak sangat cantik. Di bawah adalah adalah pic yang aku ambil sebelum aku serahkan kepada tuannya. 

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ada juga rakan yang memberi tahu bahawa sudah ada perisian yang siap untuk buat custom album ni, kita cuma masukkan gambar kita sahaja lagi mudah dan cepat kalau nak dibandingkan dengan photoshop. Namun bagi aku lebih puas buat di photoshop kerana hasil edit kita pasti tidak akan sama dengan orang-orang lain. 

Oh ya!! custom album tak semestinya untuk pasangan pengantin sahaja. Ianya boleh dipelbagaikan seperti potret anak-anak, majlis aqiqah anak dan sebagainya. Di bawah adalah pic custom album anak saudara saya yang baru lahir. Gambar yang saya snap dijadikan dalam bentuk custom album, memang terasa puas bila melihat gambar-gambar yang disnap diprintkan dalam custom album ini. 


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sekian dulu untuk kali ini..:-)

Tuesday, March 6, 2012

Ray Of Light - Internet Memudahkan Cara

Ada seorang jurufoto dari Indonesia yang dikenali dengan nama Agah Permadi. Aku sangat minat dengan hasil seni yang diketengahkan oleh beliau berkenaan ray of light (sinar cahaya) dalam foto yang dihasilkannya. Tak kira sama ada sinar cahaya berkenaan datang dari sumber yang asal atau hasil dari photoshop hasilnya selalu memikat dan mempersonakan. Cuba lihat foto2 beliau seperti di bawah :



mari lihat bagaimana foto seumpama itu dihasilkan, walaupun ia kategori foto manipulasi tapi yang penting  bagaimana hendak menghasilkan ray of light ( ROL ) pada foto kita. Sebenarnya di photoshop ia boleh dibentuk dengan teknik filter (radial blur) + blending layer ( screen ) dan teknik2 yang lain. Saya telah membuat pencarian diinternet berkenaan ROL ini bagaimana nak menghasilkannya menggunakan photoshop. Cuba lihat video klip di bawah. 




Video klip di atas sangat jelas dari segi grafik dan suara yang menyebabkan saya leka melihat bagaimana hendak menghasilkan ROL pada fotoberkenaan. Jika maklumat dalam video klip ini terlalu laju jangan putus asa kerana carian di internet tersangat luas. Anda boleh ke alamat ini untuk mendapatkan sedikit maklumat bagaimana ROL dihasilkan. 

http://www.fotografer.net/forum/forum.view.php?id=3193876822


Ok maklumat dan cara telah saya temui dan selepas ini saya akan mencuba cara ini. Terima kasih internet kerana memberikan saya pengetahuan ini. Kepada semua internet amat2 berguna kepada kita, janganlah gunakannya untuk menyebarkan fitnah dan mengadu domba. Aku sangat sedih kerana internet tidak digunakan secara positif oleh rakyat Malaysia. Renungkanlah ok bye ...:-)

Friday, March 2, 2012

Dah lapok tapi nak cerita juga...

Cerita kali ini dah lama berlaku tapi lambat sikit postkan di sini  sebab tangguh punya tangguh baru hari ni semangat update blog kembali dalam diri. Ha nak cerita pasal pengalaman mengambil gambar dalam Dewan PWTC ketika Perhimpunan Agong UMNO yang lalu. Buat pertama kali aku dapat masuk ke dalam dewan Persidangan Agong UMNO memang sangat teruja, maklumla selalunya hanya dapat melihat dalam televisyen dan surat kabar jer tapi kali ini kenyataan. Aku masuk ke dalam dewan dengan membawa sekali EOS 500D kesanyangan aku bersama lens Tamron 70-300mm. Pada  mulanya agak kekok nak keluarkan kamera dari bag tetapi bila lihat ada perwakilan lain yang bawak kamera dan snap gambar buat tak kisah jer la. Aku tengok semua jurugambar dari media shootgambar tanpa menggunakan flash, so aku agakla memang tak bleh guna flash kut dlam dewan ni, kalau guna flash nanti mesti kantoi dan menganggu pulak. Nak tak nak terpaksa menggunakan mode manual sepenuhnya. Kebetulan di hadapan aku ada jurugambar media dan aku dapat melihat setting kamera dia jadi aku cuba lah setting ikut kamera jurugambar tu. Untuk makluman kamera media jauh lebih canggih dari kamera aku, tapi aku cuba jugaklah...ISO aku naikkan ke paling tinggi baru nampak penunjuk meter bergerak. Hmm apa yang aku dapat selalu kalau ikut teori guna ISO tinggi akan ada noise pada gambar. Tapi setelah lihat gambar yang aku shoot dalam dewan kurang dia punya noise. Kalau guna kamera yang lebih pro agaknya gambar mesti lagi cantik kut, tapi aku hanya guna 500D jer cukuplah dengan apa yang aku shoot kira pengalaman tu lebih penting. Gambar kat bawah adalah sebahagian koleksi aku semasa perhimpunan berkenaan. 


Photobucket
dari jauh shoot ahli majlis tertinggi

Photobucket
dapat juga shoot gambar timbalan dan presiden

Photobucket
ic ni blur sebab goyang

Photobucket
ni jurugambar media siap ada monopod kamera plak bila tahun la bleh dapa kat aku...

Photobucket
kelihatan seorang perwakilan sedang berucap

Photobucket
suasana dalam dewan

Photobucket
pemerhati yang hadir

ok ini saja cerita kali ini opp kena ingat bukan senang nak masuk dalam dewan ni, aku pun dapat masuk sebab pinjam pass perwakilan dari seorang sahabat yang tidak hadir itupun nyaris-nyaris nak terkantoi, yang penting objektif aku nak shootgambar dalam dewan nie tercapai cuma mungkin gambar2 yang aku dapat tak sharp sangat sebab zoom telephoto tanpa VC dan tripod memang agak payah untuk menghindarkan gegar. ok itu saja bye..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...