Saturday, July 23, 2011

KAYUHAN XPLORASI AGRO BIKE 2011

Alhamdulillah dapat jugak join Xplorasi Agrobike Seberang Perak pada 25 Jun yang lalu. Dah lama dah bulan Jun hari tu tapi disebabkan malas2 kucing, tu yang lambat posting bab2 kayuhan ni. Ok jauh trek hari kurang lebih 45km ( ikut meter beskal aku ) jalan berbatu ditepi2 lereng sawah padi yang luas. Cuaca kering dan jalan berbatu yang berhabuk menjadi cabaran yang terhebat. Ketika kayuhan terasa perit sebab debu2 jalan. Bermula dengan laju dan akhirnya semakin perlahan dan perlahan. Itulah sedikit sebanyak pengalaman aku berkayuh dalam Xplorasi Agrobike ni. Walaubagaimanapun program ini berjalan dengan baik sekali, orang2 tempatan di sini memang baik dan ramah tamah, sepanjang perjalanan terdapat post yang menyediakan pisang, air tebu dan air asam boi. Memang berbaloi sampai perut aku kembong dengan air tebu. Mana idaknya kemanisan air tebu di sini hanya orang yang minum sahaja yang tahu betapa sedap rasa dia. Di penghujung cabutan bertuah no aku kena pada cabutan ke 36 dapatlah aku bawak balik tayar yang agak baik kualitinya. Ok kepada penganjur tahniah kerana program ini berjalan dengan baik.

Photobucket
garisan permulaan

Photobucket
antara peserta yang berkayuh

Photobucket
tengok pisang dan mineral water banyak kan sampai kembong perut kitaorang

Photobucket
di checkpoint kedua

Photobucket
fuhh dah pancit..

okey babai..:-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...