Tuesday, August 24, 2010

Taman Jepun

Ha cuba teka kat mana Taman Jepun nih? Walaupun bulan puasa namun anak-anak aku tak puasa he he sebab kecil lagi, so pagi Ahad itu hari tengok diaorang ni boring jer so aku pun ajak la mama pegi jalan-jalan di Taman Dr, Ipoh. Rupa-rupanya ada taman baru yang dibina iaitu taman Jepun .

Photobucket

Pintu masuk ke Taman Jepun


Photobucket

Pokok yang ditanam biasala ala-ala pokok bonsai


Photobucket

Ikan koi penyeri utama tasik di taman ini.


Photobucket

Sikura-kura pun ada...


Photobucket

Si Anis dan Aina sedang leka mengimbang badan diatas deretan batu ini.


Photobucket

Kanak-kanak memang suka belari.

Agak menarik juga Taman ini, cantik tema taman jepun mestu banyak bonsai, batu dan buluh. Jika anda berkunjung ke sini ikan-ikan di kolam jinak-jinak belaka dan anda boleh membeli makanan pada pekerja di sini dan berikan pada ikan-ikan ini. Ok terima kasih ..:-)

Malam 13 Ramadan

Selepas balik tarawikh lihat bulan di langit nampak cantik sangat, akupun cubalah ambik gambar bulan. Tetapi malangnya lens yang aku guna adalah lens standard, jadi tak dapat nak zoom jauh2 sangat. Susah juga nak dapatkan gambar yang betul2 baik punya. Hanya inilah yang mampu aku buat nanti lain kali cuba try lagi huh.

Photobucket

Tak guna flash..


Photobucket

Guna flash..

Friday, August 20, 2010

Edit gambar pengantin

Nak jadi jurugambar pengantin ini rupa-rupanya mencabar juga. Aku saja-saja try edit gambar kahwin ipar aku yang aku snap baru-baru ini. Apa yang penting ialah kita mesti kreatif dan tahu menggoreng adobephotoshop, yer la takkan kita nak ciplak idea orang kut??

Photobucket

Ini gambar original setelah diteliti mamat pengapit tu kelihatan mengspoikan pic ini...yerla panas, aku pun tak tahan lecun baju basah dik peluh...

Photobucket

Ini gambar setelah diedit, mamat  pengapit tadi agak terlindung dah, nak buang semua tak boleh..fuh kena belajar lagi ni..ilmu masih tak cukup!!!

Photobucket

Ini gambar original sebelum diedit, lelaki kacak baju hijau tu agak jauh pulak menyebabkan gambar ini kelihatan tak center!! Muka semua-semua pun ada memek masing-masing...

Photobucket

Setelah diedit mamat baju hijau tadi disingkirkan..cuba lihat memek muka semua emmm no komen!!

Kadangkala apabila kita shoot gambar, harapan kita ialah gambar yang kita shoot itu baik dan berkualiti tetapi  kadangkala ada faktor yang menjejaskan nilai gambar...oleh sebab itu kita perlu edit gambar daripada biasa menjadi lebih baik...aku pun masih diperingkat belajar lagi...

Oklah kepada semua pembaca selamat mencuba..terima kasih...:-)

Thursday, August 19, 2010

Susah betul...

Susah betul nak suruh anak-anak aku possing depan kamera yang diaorang tahu menjerit, buat memek muka dan melompat itu lah dia karenah kedua-dua anak aku ni, Aina 5 Tahun dan Anis 3 Tahun..hasilnya aku dapat la pic ni.

Photobucket

Setelah bepuluh kali cuba inilah yang terbaik kut..aku nak test kamera ni nak cuba dapatkan bokeh yang baik tapi model aku ni tak boleh duduk diam...

Photobucket

Ini sorang lagi, last sekali tunggu dia tido baru boleh dapat shoot pic ni. Nyenyak pulak dia tido, time macam ni lah rasa sayang sangat pada anak-anak aku ni.

Kepada pembaca jika kita ada anak sayangilah anak kita sepenuh hati...terima kasih..

Wednesday, August 18, 2010

Layan Video klip ini suka pics dia..

Suasana kenduri kahwin

Baru-baru ini adik ipar aku melangsungkan perkahwinannya. Peluang ini aku ambil untuk menguji kamera yang aku baru beli. Orang sibuk shoot gambar pengantin aku pulak sibuk shoot suasana dan gelagat tetamu yang hadir. 

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Tuesday, August 17, 2010

Close up atau macro

Kalau berkesempatan pergi ke taman bunga atau taman-taman, aku tidak akan melepaskan peluang untuk snap gambar-gambar bunga dan serangga yang ada di situ. Biasanya untuk bunga-bunga dan serangga yang kecil  aku selalu gunakan mode macro sebab kadang kala kita akan dapat hasil yang sangat menarik. Sebenarnya mata kasar kita tidak dapat melihat dengan jelas objek-objek atau subjek-subjek yang kecil, tetapi dengan menggunakan lens kamera dengan mode macro kita akan nampak sesuatu yang kadangkala akan mengujakan kita. 

Photobucket

Semut- semut ini mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang diperhatikan. Semut adalah serangga yang sangat tekun dalam menjalankan kerja-kerjanya dan saling bekerjasama antara satu sama lain

Photobucket

Banyak betul semut-semut di taman ini. Cuba lihat semut-semut ini begitu leka mencari sesuatu di celah-celah tunas putik mengkudu ini.

Photobucket

Wah!! hujan baru sahaja berhenti, lihatlah titis air hujan di atas permukaan daun pokok bunga ini sangat cantik dan menarik.  

Photobucket

Aku tidak pasti apa nama pokok bunga ini, yang aku tahu ianya merupakan bunga yang sangat cantik jika dilihat dalam mode macro ini. Gambar ini juga disnap selepas hujan kelihatan titis-titis  air hujan seperti kristal. gambar ini begitu cantik bagi aku.( subjektif ja )

Photobucket

Bunga balung ayam mungkin nama bunga ini, agak-agak akula sebab atau mungkin spesis bunga balung ayam,   gambar ini diambil di Taman Herba Hutan Lipur Air, Papan Batu Gajah.  

Photobucket

Ini bunga apa ya? Spesis orkid mungkin, bungan ini aku shoot ketika pergi ke Semenggong Wilde Life, Kuching Sarawak. Bunga ini menjadi penyeri di taman ini dan mungkin hanya terdapat di sini sahaja.  

Photobucket

Ini semua orang tahu, anak pucuk paku, aku snap gambar ini di Taman Herba, Hutan Lipur Air Papan, Batu Gajah, Perak.

Photobucket

Asyik bunga jer, ini buah mengkudu, bagi yang belum pernah melihat inilah dia buah mengkudu, gambar ini aku snap ketika pulang bercuti di kampung, Kampung Telok Pulai, Bagan Serai, Perak 

Photobucket

Ini pula tidak asing lagi bunga yang terdapat di mana-mana sahaja tempat yang aku pergi iaitu bunga kertas, aku snap bunga ini di taman di sekolah tempat aku bekerja. 

Gambar-gambar ini semua aku ambil menggunakan kamera jenis Olympus SP570UZ, tetapi menggunakan mode macro dan mode P serta sedikit sentuhan Adobe Photoshop. Harap semua pembaca menikmati gambar-gambar ini dengan penuh minat. Sekian Terima Kasih..:-)


Friday, August 13, 2010

Belajar Fotografi - Apa yang perlu kita tahu.

Sumber untuk belajar berkenaan fotografi sangat banyak di internet. Selain daripada internet kita juga boleh mendapatkan maklumat dari majalah- majalah yang berkaitan fotografi.  Kewujudan youtube misalnya membolehkan kita melihat video klip yang berkaitan fotografi dengan lebih mendalam dan terperinci. Terima kasih kepada semua orang-orang yang bertungkus-lumus memasukkan segala maklumat. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berjaya. Di bawah adalah video klip bagaimana kita hendak faham berkenaan pencahayaan dalam fotografi.  



SEKIAN TERIMA KASIH --- ENJOY  :-)

Sunday, August 8, 2010

Bagaimana Hendak Menukar Gambar ke Bentuk HDR

High Dynemic Range atau HDR adalah satu jenis gambar digital fotografi yang sangat mengujakan.  Dahulu sebelum mengetahuinya saya hanya memilih perisian photoshop sahaja namun beberapa minggu yang lepas saya telah didedahkan dengan HDR melalui rakan dari facebook. Saya mencuba segala penerangan dan perbincangan yang diberikan dan hasilnya anda boleh perhatikan di dalam posting saya sebelum ini. Baiklah disini saya hendak memberi tahu semua pembaca bagaimana ianya diproses.

1. Pertama sekali anda perlu ada sebuah kamera yang mempunyai program AE atau manual, gunakan kamera ini untuk mengambil gambar sekurang2nya tiga kali dan berlainan exsposure untuk setiap gambar. Exposure yang biasanya ialah dari gelap, normal dan cerah. Anda boleh ambil lebih dari tiga misalnya 5, 7  dan 9 kali exposure mengikut kemampuan kamera yang anda gunakan. Jika tiada kamera anda boleh juga mengubah exposure sesuatau gambar yang anda pilih menggunakan perisian photoshop. Sila perhatikan gambar di bawah :

Photobucket

Gambar 1 exposure gelap -3


Photobucket

Gambar 2 Exposure 0 ( normal )

Photobucket

Gambar 3 Exposure terang + 3

2. Langkah kedua gunakan perisian untuk menjana HDR. Terdapat banyak perisian yang kita boleh download dari internet. Perisian yang saya gunakan ialah Photomatix Pro versi trial ( buat apa beli ni cuba test saya, kalau suka baru beli perisian in.) Merge dan gabungkan ketiga-tiga gambar tadi dan proses mengikut citarasa kita sendiri. contoh seperti di bawah :

LANGKAH 1 : Masukkan ketiga-tiga gambar ke Photomatik dan klik ok

Photobucket

LANGKAH 2 : Klik pada ciri-ciri yang kita mahu dan klik ok.

Photobucket

LANGKAH 3 : Edit la mengikut citarasa yang kita suka. ( cuba try test he he ) dan akhirnya klik proses

Photobucket

Lihatlah hasilnya anda akan pasti teruja

Photobucket

SELAMAT MENCUBA....sekian terima kasih.. carilah maklumat lanjut di internet.

Saturday, August 7, 2010

Foto Shoot di Pekan Batu Gajah versi HDR

Pekan Batu Gajah, inilah tempat aku bermastautin sekarang ni. Pada hari Jumaat yang lalu aku berkesempatan mengambil gambar sekitar pekan Batu Gajah. Sasaran aku ialah bangunan-bangunan lama yang tersergam di kawasan pekan lama Batu Gajah. Kalau kita amati bangunan rumah kedai dahulu begitu unik dan menarik jika hendak dibandingkan dengan zaman sekarang. Namun dapatkah kita agak berapa lama lagi bangunan ini dapat bertahan. Memang ada pemilik-pemilik bangunan telah menjalankan baik pulih bagus dan syabas diucapkan kepada mereka kerana masih sayangkan warisan yang tidak ternilai ini.

Photobucket

Bangunan lama ini sangat cantik masih tersergam kukuh di Batu Gajah, Ianya baru sahaja dibaik pulih dan sekarang digunakan sebagai pejabat-pejabat kerajaan seperti Pejabat Pendaftaran dan Pejabat Tanah Batu Gajah, Perak

Photobucket

Bangunan lama ini sangat unik, ia terletak di tengah-tengah pekan lama Batu Gajah, Bentuknya rencong, kelihatan bumbungnya baru sahaja digantikan dengan yang baru, di bahagian bawah pemilinya menjalankan perniagaan turun temurun mereka.

Photobucket

Lihatlah bangunan ini dalam format HDR ini gambar ini begitu unik dan menarik. Kelihatan bengkel membaiki basikal dan motosikal, Restoran Meei Seek Foong adalah restoran cina yang terkenal di Batu Gajah.

Photobucket

Gambar apakah ini? Inilah dia warisan yang masih tinggal, kapal korek ini pada satu ketika dahulu gagah mengorek permukaan tanah di sekitar lembah kinta bagi mendapatkan bijih timah. Jika anda mengunjungi kawasan sekitar Batu Gajah anda akan menemui banyak kawasan-kawasan lombong bijih. Inilah mesin yang digunakan untuk melombong bijih timah yang dinamakan Kapal Korek.

Photobucket

Masjid baru Batu Gajah masih di dalam pembinaan. Dari jauh kelihatan amat menarik sekali dan aku tidak melepaskan peluang untuk shoot gambar ini walaupun terpaksa menghentikan kereta di tepi jalan. wah syokknya "outing and shooting" sekitar Batu Gajah. Objektif tercapai. he he...

Akhirnya aku Punyai Blog Sendiri

Setelah banyak kali terfikir untuk membina blog sendiri tetapi seringkali tertangguh akhirnya hari ini aku berjaya membuat blog sendiri. Aku memilih blogspot kerana ianya mudah, menarik dan mesra pengguna jika nak dibandingkan dengan yang lain. Tajuk blog aku ialah shoot gambar gabungan perkataan dari bahasa inggeris dan melayu. Ala tak apalah harap betul kut perkataan tuh. Kalau A. Samad Said nak marahpun takpa la atau pejuang-pejuang bahasa yang lain nak marah takpa la..janji objektif aku bangunkan blog ini tercapai sudahla. Blog ini aku bangunkan bukan untuk berpolitik tetapi untuk memuatkan dan berkongsi tentang hobi baru aku iaitu fotografi. Aku ni baru belajar pasal fotografi dan tak pernah pergi kemana-mana kursus fotografi pun semua dalam ni adalah hasil pembacaan aku di majalah, laman blog orang dan bertanya pada kawan-kawan dan orang2 yang telah lama berkecimpung dalam dunia fotografi ni. Kalau betul-betul nak serius dalam dunia forografi ni memerlukan modal yang mahal tetapi bagi aku cukuplah yang free-free dan budget2 sudahla. Kamera aku Canon EOS 500D dan perisian adalah dimuat turun dari internet ada yang percuma ada yang 30 hari percubaan tapi takpa semuanya menjadi ok pada aku kerana hasilnya aku suka.



he he 
wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...