Saturday, August 7, 2010

Foto Shoot di Pekan Batu Gajah versi HDR

Pekan Batu Gajah, inilah tempat aku bermastautin sekarang ni. Pada hari Jumaat yang lalu aku berkesempatan mengambil gambar sekitar pekan Batu Gajah. Sasaran aku ialah bangunan-bangunan lama yang tersergam di kawasan pekan lama Batu Gajah. Kalau kita amati bangunan rumah kedai dahulu begitu unik dan menarik jika hendak dibandingkan dengan zaman sekarang. Namun dapatkah kita agak berapa lama lagi bangunan ini dapat bertahan. Memang ada pemilik-pemilik bangunan telah menjalankan baik pulih bagus dan syabas diucapkan kepada mereka kerana masih sayangkan warisan yang tidak ternilai ini.

Photobucket

Bangunan lama ini sangat cantik masih tersergam kukuh di Batu Gajah, Ianya baru sahaja dibaik pulih dan sekarang digunakan sebagai pejabat-pejabat kerajaan seperti Pejabat Pendaftaran dan Pejabat Tanah Batu Gajah, Perak

Photobucket

Bangunan lama ini sangat unik, ia terletak di tengah-tengah pekan lama Batu Gajah, Bentuknya rencong, kelihatan bumbungnya baru sahaja digantikan dengan yang baru, di bahagian bawah pemilinya menjalankan perniagaan turun temurun mereka.

Photobucket

Lihatlah bangunan ini dalam format HDR ini gambar ini begitu unik dan menarik. Kelihatan bengkel membaiki basikal dan motosikal, Restoran Meei Seek Foong adalah restoran cina yang terkenal di Batu Gajah.

Photobucket

Gambar apakah ini? Inilah dia warisan yang masih tinggal, kapal korek ini pada satu ketika dahulu gagah mengorek permukaan tanah di sekitar lembah kinta bagi mendapatkan bijih timah. Jika anda mengunjungi kawasan sekitar Batu Gajah anda akan menemui banyak kawasan-kawasan lombong bijih. Inilah mesin yang digunakan untuk melombong bijih timah yang dinamakan Kapal Korek.

Photobucket

Masjid baru Batu Gajah masih di dalam pembinaan. Dari jauh kelihatan amat menarik sekali dan aku tidak melepaskan peluang untuk shoot gambar ini walaupun terpaksa menghentikan kereta di tepi jalan. wah syokknya "outing and shooting" sekitar Batu Gajah. Objektif tercapai. he he...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...