Bukan semua gambar yang kita snap menjadi dengan baik, terutama sekali bagi orang yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi macam aku ni. Namun begitu dari bacaan dalam majalah-majalah fotografi didapati jurugambar profesional pun masih menggunakan perisian mengedit gambar untuk menambah baik lagi kualiti gambar yang dihasilkan. Bagi aku perisian yang paling baik ialah Adobe Photoshop. Aku belajar perisian ini sendiri-sendiri jer dari you tube dan majalah-majalah. Namun disebabkan minat yang mendalam dalam bidang ini belajar photoshop menjadi mudah. Memang aku teruja sangat dengan perisian ini hingga ada kawan2 yang mencadangkan perisian lain namun tak pula aku rasa nak mencuba. Kepada pembaca yang berminat dengan fotografi eloklah belajar perisian ini. Ada juga kursus-kursus photoshop tapi yuran yang dikenakan agak mahal. Walaupun mahal ilmu yang kita dapat akan digunakan sepanjang hayat dan amat berguna pada kita. Di bawah ada beberapa gambar yang aku dah edit. Tak cantik macam profesional tapi sudah cukup untuk aku. Memang aku dalam proses meningkatkan lagi pengetahuan dalam mengedit gambar. Okey layan jer lah...
Ini gambar asal, gambar ni dah cantik namun objek di tengah dan gambar lelaki seluar pendek di belakang kelihatan menganggu...
Ini gambar yang dah diedit, objek aku letak di tepi, background digelapkan dan gambar lelaki di belakang dinyahkan, tambah sedikit efect lensflare...ada bayak lagi teknik tapi tak ingat.
Gambar asal : Apa yang kurang dengan gambar ni??
Lighting dan sephia bagi nampak kuning skit..
Gambar asal : dua ekor serangga yang bercamtum, banyakla kelemahan dekat pic nie
corp objek serangga ke penjuru gambar dan masukkan text
Gambar asal : agak blurrr sebab lighting dan tangan goyang, objek terlalu jauh
corp objek menjadi lebih dekat, masukkan kesan lensflare dan text
Gambar asal : gambar ini diambail menggunakan teknik long exposure tak sempat nak possing gambar tak jadi.
Ini shoot kali ke-2 tapi objek agak jauh maklumla pakai timer jer. aku gabungkan kedua-dua gambar menjadi seperti di bawah
corp menjadi lebih dekat dan main layer di photoshop
Kepada semua cuba-cuba la belajar edit gambar memang best dan megujakan. Sekian dulu untuk posting kali ini...bye :-)
No comments:
Post a Comment