Alhamdulillah, dapat juga sertai Funride Kayuhan Rakan COP, IPD Perak Tengah Seri Iskandar. Ternyata penyertaan kali ini memberikan satu pengalaman yang baru pada aku dan kawan2 sekayuhan. Bermula pada jam 6.50 pg dah keluar dari rumah ke IPD yang terletak di Seri Iskandar. Sampai saja di tempat yang dituju kelihatan sudah ramai peminat2 MTB dah pun bersiap sedia dengan basikal masing-masing. Suasana pemandangan sekitar ruang pakir sangat sibuk dengan riders2 yang mengambil bahagian. Treck kayuhan kurang lebih 30km bermula dari Seri Iskandar. Sepanjang laluan pelbagai halangan ditempuh dan sudah pastinya amat mencabar. Walaupun funride jer tapi treck memang best, nasib baik aku guna hydrationbag kalau tak mampus aku nak bertahan. Balik rumah memang rasa sakit kepala sebab cuaca sangat panas. Layan jer la gambar2 di bawah yang sempat aku download dari facebook. Terima kasih kepada semua jurufoto yang rajin snap gambar sepanjang kayuhan berlangsung.
memohon doa agar perjalanan selamat pergi dan balik
antara halangan yang ditempuh, kawasan belukar dengan single treck.
ni lagi satu cabaran, ramai riders yang kurang pengalaman sangkut dekat sini
penat gilerrr dah sampai terduduk aku. Dua orang yang berdiri tu kategori warga emas tapi masih bersemangat
checkpoint ke-2 setelah 20km kayuh dari IPD. Disambut oleh masyarakat orang asli
ketika berehat di checkpoint 2
ha ha para riders
saat berlepas dari checkpoint 2
ada juga pic aku hehe
okey sampai sini dulu posting aku kali ini..jumpa lagi :-)
No comments:
Post a Comment