Monday, March 19, 2012

Puas bila lihat gambar dalam bentuk Custom Album

Entry kali ini nak ceritakan mengenai custom album. Semasa upacara majlis persaraan seorang rakan iaitu cikgu Tan Nazis di sekolah, aku telah mengamil gambar majlis tersebut dari awal hingga akhir. Jadi apabila melihat gambar-gambar berkenaan aku syorkan kepada beliau agar dibuat dalam bentuk custom album sebagai tanda kenang-kenangan beliau semasa berkhidmat di sekolah dan beliau terus bersetuju. Untuk makluman custom album sememangnya cantik tetapi harganya sangat mahal. Aku dah selidik pakej-pakej perkahwinan dan mendapati pakej yang mempuyai custom album adalah dalam harga RM1K dan keatas. Kepada semua jika kita pandai membuat custom album sendiri sebenarnya harganya tidak melebihi RM200. Tapi bukan semua orang pandai ambil gambar dan edit di photoshop. Upah edit dan upah jurufoto itulah yang menjadikannya amat mahal. Custom album boleh dibuat dalam pelbagai saiz seperti 8 x 12,  8x 24, 10 x 30 dan lebih besar lagi namun kena ingat lagi besar lagi la mahal. Pelbagai aksesori boleh dimasukkan dalam custom album sebagai tambah nilai seperti kulit kristal dan bermacam2 lagi agar custom album yang dihasilkan nampak lebih cantik. Untuk album Cikgu Tan ini aku buat dalam saiz 10 x 30 inci dan kulit dilapik dengan kepingan kristal. Wah!! bila dah siap memang nampak sangat cantik. Di bawah adalah adalah pic yang aku ambil sebelum aku serahkan kepada tuannya. 

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ada juga rakan yang memberi tahu bahawa sudah ada perisian yang siap untuk buat custom album ni, kita cuma masukkan gambar kita sahaja lagi mudah dan cepat kalau nak dibandingkan dengan photoshop. Namun bagi aku lebih puas buat di photoshop kerana hasil edit kita pasti tidak akan sama dengan orang-orang lain. 

Oh ya!! custom album tak semestinya untuk pasangan pengantin sahaja. Ianya boleh dipelbagaikan seperti potret anak-anak, majlis aqiqah anak dan sebagainya. Di bawah adalah pic custom album anak saudara saya yang baru lahir. Gambar yang saya snap dijadikan dalam bentuk custom album, memang terasa puas bila melihat gambar-gambar yang disnap diprintkan dalam custom album ini. 


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sekian dulu untuk kali ini..:-)

2 comments:

  1. Assalammualaikum.
    Tok akui memang menarik apa yang mike buat tu.Pe namanya....custom album.Memang berbaloi.Tapi kalo mike sudi mencurahkan ilmu mike tu,boleh tak mike tolong turunkan kat Tok.Tok memang jahil dalam ilmu photoshop ni.Tapi dari apa yang mike telah hasilkan memang lebih daripada memuaskan.Boleh ke tak mike tolong turun ilmu kat tok ni?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.
    Boleh tok nanti kalau free kita lepak2 dkat makmal grafik...
    Suh ckgu zamri sediakan kopi ker teh ker...
    Kepada sesapa yang berminat juga digalakkan...:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...