Cerita kali ini dah lama berlaku tapi lambat sikit postkan di sini sebab tangguh punya tangguh baru hari ni semangat update blog kembali dalam diri. Ha nak cerita pasal pengalaman mengambil gambar dalam Dewan PWTC ketika Perhimpunan Agong UMNO yang lalu. Buat pertama kali aku dapat masuk ke dalam dewan Persidangan Agong UMNO memang sangat teruja, maklumla selalunya hanya dapat melihat dalam televisyen dan surat kabar jer tapi kali ini kenyataan. Aku masuk ke dalam dewan dengan membawa sekali EOS 500D kesanyangan aku bersama lens Tamron 70-300mm. Pada mulanya agak kekok nak keluarkan kamera dari bag tetapi bila lihat ada perwakilan lain yang bawak kamera dan snap gambar buat tak kisah jer la. Aku tengok semua jurugambar dari media shootgambar tanpa menggunakan flash, so aku agakla memang tak bleh guna flash kut dlam dewan ni, kalau guna flash nanti mesti kantoi dan menganggu pulak. Nak tak nak terpaksa menggunakan mode manual sepenuhnya. Kebetulan di hadapan aku ada jurugambar media dan aku dapat melihat setting kamera dia jadi aku cuba lah setting ikut kamera jurugambar tu. Untuk makluman kamera media jauh lebih canggih dari kamera aku, tapi aku cuba jugaklah...ISO aku naikkan ke paling tinggi baru nampak penunjuk meter bergerak. Hmm apa yang aku dapat selalu kalau ikut teori guna ISO tinggi akan ada noise pada gambar. Tapi setelah lihat gambar yang aku shoot dalam dewan kurang dia punya noise. Kalau guna kamera yang lebih pro agaknya gambar mesti lagi cantik kut, tapi aku hanya guna 500D jer cukuplah dengan apa yang aku shoot kira pengalaman tu lebih penting. Gambar kat bawah adalah sebahagian koleksi aku semasa perhimpunan berkenaan.
dari jauh shoot ahli majlis tertinggi
dapat juga shoot gambar timbalan dan presiden
ic ni blur sebab goyang
ni jurugambar media siap ada monopod kamera plak bila tahun la bleh dapa kat aku...
kelihatan seorang perwakilan sedang berucap
suasana dalam dewan
pemerhati yang hadir
ok ini saja cerita kali ini opp kena ingat bukan senang nak masuk dalam dewan ni, aku pun dapat masuk sebab pinjam pass perwakilan dari seorang sahabat yang tidak hadir itupun nyaris-nyaris nak terkantoi, yang penting objektif aku nak shootgambar dalam dewan nie tercapai cuma mungkin gambar2 yang aku dapat tak sharp sangat sebab zoom telephoto tanpa VC dan tripod memang agak payah untuk menghindarkan gegar. ok itu saja bye..:-)
No comments:
Post a Comment