Friday, February 18, 2011

Basikal bukit @ Mountainbike...

Aktiviti berbasikal bukit melibatkan sukan berbasikal off-road, meredah laluan mencabar, samada menunggang basikal bukit atau basikal road hybrid. Umumnya semua basikal bukit ada ciri-ciri ; tayar knobby lebar, tubing frame yang besar, fork depan atau dual suspension shock absorbers.
Secara kasar mountain biking terbahagi kepada empat kategori; cross country, downhill, freeride dan trials/street. Setiap satunya memerlukan riding gear dan basikal bukit yang tersendiri.
Sukan bercorak individu ini memerlukan ketahanan diri, kemahiran mengawal basikal dan self reliance, dan boleh dijayakan hampir dimana-mana samada di belakang  rumah atau trek hutan. Majoriti penunggangnya berbasikal bukit di trek off-road seperti di kampong, kebun, dusun, trek balak atau hutan. Aspek inilah yang menunjukkan bahawa berbasikal bukit hampir menyamai denai trailing dan  jungle tracking dari sekadar kayuhan biasa basikal. Oleh kerana riders berada jauh dari penempatan manusia dan pertolongan maka wujud etika pergantungan diri sendiri atau self reliance yang menyumbang keunikan tersendiri sukan ini. Riders mestilah melengkapkan diri dengan ilmu membaiki kerosakan kecil basikal, tayar pancit atau rantai putus untuk mengelak dari tersadai jauh dari pertolongan. Keupayaan self reliance makin bertambah dengan bilangan riders yang turut serta. Oleh itu kayuhan anjuran kelab atau kayuhan berkumpulan sudah menjadi pandangan biasa terutama yang berjarak jauh. Keadaan inilah yang menyuburkan penubuhan kumpulan-kumpulan kayuhan dan kelab basikal bukit.
Dengan berbasikal bukit  riders boleh pergi ke tempat yang tak terjangkau sebelum ini, meningkatkan kesihatan diri, memupuk semangat kerjasama,setiakawan,  menajamkan kemahiran bersosial dan menambahkan kenalan dan taulan.

Photobucket
Bukit Kledang, Ipoh Perak

Photobucket
Aku dan Rizal

Photobucket
Naik bukit memerlukan kekuatan tersendiri.

Photobucket
Berehat sebentar sebab Kamal dah penat...aku pun sama..

Photobucket
Aku da Arip

Okey ..rujukan aku kali ni dari laman berikut : Perlis MTB Club's Blog

Sunday, February 13, 2011

Dari lensa kamera + photoshop = Memori terindah

Dah lama tak letak posting pasal fotografi. Sejak dapat mountainbike ni kamera dah simpan dalam almari dah. Maklumla dua2 hobi ni memerlukan modal dan masa yang banyak sebenarnya. Susah jugak kadang-kadang nak imbangkan sebab hidup ni bukan kena buat satu perkara jer tapi banyak perkara dalam satu-satu masa. Kali ini aku nak letak gambar2 yang aku edit. bukan gambar aper pun, gambar anak2 aku laa...sementara mereka masih kecik ni elokla ambil gambar banyak2 nanti kalau mereka dah besar gambar2 ni akan menjadi berharga buat mereka. Sebut pasal ni teringat pulak pasal aku, gambar aku masa kecil mana ada sebab masa dulu keluarga aku ni bukan nyer berada sangat. Adik beradik aku ramai 9 orang jadi mana ada masa ayah aku nak pikir pasal kamera. Kalau nak ambik gambar tunggu umur 12 tahun la itupun sebab nak buat kad pengenalan hehe. Apa2 pun arwah ayah tetap insan yang terbaik dalam hidup ini. 

Photobucket
Cuti di kampung ketika hari raya yang lalu


Photobucket
Main buai kain, Anis gembira didodoi oleh kakaknya


Photobucket
Memang jadi budak kampung masak daun bunga raya


Photobucket
Tangan adik tak sampai la...


Photobucket
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Ok lah buat kali ini..;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...