Friday, February 18, 2011

Basikal bukit @ Mountainbike...

Aktiviti berbasikal bukit melibatkan sukan berbasikal off-road, meredah laluan mencabar, samada menunggang basikal bukit atau basikal road hybrid. Umumnya semua basikal bukit ada ciri-ciri ; tayar knobby lebar, tubing frame yang besar, fork depan atau dual suspension shock absorbers.
Secara kasar mountain biking terbahagi kepada empat kategori; cross country, downhill, freeride dan trials/street. Setiap satunya memerlukan riding gear dan basikal bukit yang tersendiri.
Sukan bercorak individu ini memerlukan ketahanan diri, kemahiran mengawal basikal dan self reliance, dan boleh dijayakan hampir dimana-mana samada di belakang  rumah atau trek hutan. Majoriti penunggangnya berbasikal bukit di trek off-road seperti di kampong, kebun, dusun, trek balak atau hutan. Aspek inilah yang menunjukkan bahawa berbasikal bukit hampir menyamai denai trailing dan  jungle tracking dari sekadar kayuhan biasa basikal. Oleh kerana riders berada jauh dari penempatan manusia dan pertolongan maka wujud etika pergantungan diri sendiri atau self reliance yang menyumbang keunikan tersendiri sukan ini. Riders mestilah melengkapkan diri dengan ilmu membaiki kerosakan kecil basikal, tayar pancit atau rantai putus untuk mengelak dari tersadai jauh dari pertolongan. Keupayaan self reliance makin bertambah dengan bilangan riders yang turut serta. Oleh itu kayuhan anjuran kelab atau kayuhan berkumpulan sudah menjadi pandangan biasa terutama yang berjarak jauh. Keadaan inilah yang menyuburkan penubuhan kumpulan-kumpulan kayuhan dan kelab basikal bukit.
Dengan berbasikal bukit  riders boleh pergi ke tempat yang tak terjangkau sebelum ini, meningkatkan kesihatan diri, memupuk semangat kerjasama,setiakawan,  menajamkan kemahiran bersosial dan menambahkan kenalan dan taulan.

Photobucket
Bukit Kledang, Ipoh Perak

Photobucket
Aku dan Rizal

Photobucket
Naik bukit memerlukan kekuatan tersendiri.

Photobucket
Berehat sebentar sebab Kamal dah penat...aku pun sama..

Photobucket
Aku da Arip

Okey ..rujukan aku kali ni dari laman berikut : Perlis MTB Club's Blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...