Tuesday, December 28, 2010

Terima kasih WLE 5185

He he tengok tajuk macam suspen jer. Ini nak cerita sedih sikit. Aku telah membuat keputusan untuk menjual kereta iswara kesayangan aku. Aku beli kereta ini pada September 2003. Begitu banyak jasa kereta ini pada aku. Dengan kereta ini lah aku menjadi cekap memandu. Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang aku bersama kereta ini. Aku teringat sewaktu mula aku membeli kereta ini, masa tu aku baru 2 tahun bekerja di  sebuah Kilang di Rawang. Aku beli kereta ni dengan deposit RM 450, masa tu aku terdesak nak guna kereta, namun dalam masa yang sama nak simpan duit untuk berkahwin. Jadi setelah dikira gaji dan kemampuan aku, maka aku pun beli la kereta ini walaupun ada sesetengah kawan2 memberi pendapat tak berapa syok kalau guna iswara ni sebab model ini dah agak lama. Nak beli Wira nak kena bayar deposit sampai RM6000 memang aku tak dak duit masa tu. Dari mula tergagap2 membawa kereta sampailah ke tahap sekarang dengan kereta ini lah. Begitu banyak jasa dia. Yang paling aku suka bila dia nak meragam mesti ditempat yang tak menyusahkan aku. Penah tayar dia pecah dalam masa yang sama ada tokey tayar datang ofer nak repair tayar yang pancit. Aku juga pernah terlibat dengan kemalangan dengan kereta ini. Bukan aku yang langgar tetapi orang yang langgar aku, namun mujurlah perkara ini berlaku dekat dengan tempat aku tinggal kalau jauh2 mungkin akan menyusahkan aku. Aku terpaksa jual juga engkau sebab harga kau dah semakin rendah...aku berharap suatu hari nanti aku jumpa kau lagi wahai WLE 5185 dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim aku tamatkan perkhidmatan engkau..

Photobucket

Dalam kenangan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...