Thursday, April 18, 2013

Berkonvoi ke Lenggong Tapak Warisan Dunia

Pada bulan Disember yang lepas kelab CM bikerz telah berkonvoi ke Lembah Lenggong. Setelah bermesyuarat beberapa kali mencari destinasi yang sesuai untuk berkonvoi akhirnya ahli2 kelab telah memilih    Lenggong sebagai destinasi. Apa istimewanya Lenggong? Lembah Lenggong merupakan tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak tempoh Paleolithik telah ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak, rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Geluk dan Kampung Temelong.


Artifak yang ada di Kompleks Arkeologi Lenggong..rangka Perak Man

Artifak yang digunakan oleh orang zaman dahulu kala yang ditemui di sini.

Di sana telah telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologikal Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam lingkungan satu ladang kelapa sawit di jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik (atau Grik).


Perkuburan kelihatan replika rangka manusia dan tembikar.

Perjalanan kami bermula pada jam 8.40 pagi, agak lewat dari perancangan awal kerana almaklumla bila dah ramai-ramai tu ada yang lambat bertindak. Konvoi kali ini bukan sahaja menggunakan motosikal malah ada yang menggunakan kereta kerana hendak membawa ahli keluarga sekali.


Konvoi sampai di Anjung Jambatan Raja Muda Nazrin.

bergambar dulu ler...


mamat hensem ni...

Bermula dari Batu Gajah mengikut jalan Chemor, Sungai Siput, Kuala Kangsar terus ke pekan kecil bernama Kati. Di sini kami berehat seketika kerana ada yang masih belum bersarapan. Dahulu, kawasan di Kampung Kati adalah bekas perlombongan bijih timah. Ramai yang datang ke kampung ini untuk melombong bijih timah. Sebelum dijual, hasil bijih timah ditimbang dengan menggunakan alat penimbang yang dipanggil kati. Malah, berat bijih timah juga ditimbang dalam bentuk kati. Akhirnya, penduduk kampung menggelar kampung mereka sebagai Kampung Kati.
Kampung Kati telah dibuka pada 100 tahun yang lalu. Beberapa buah keluarga Melayu dikatakan telah meneroka hutan untuk dijadikan kawasan penempatan di sebelah jalan utama Kuala Kangsar-Lenggong. Mereka menjalankan aktiviti pertanian dan juga berniaga. Selepas peperangan Jepun pada tahun 1943, penduduk kampung telah mendirikan masjid, Sekolah Rendah Melayu dan balai polis. Kini pekan kecil Kati kelihatan mundur kerana jalan sedia ada bukan menjadi jalan utama lagi berikutan jalan baru Kuala Kangsar ke Grik telah siap dibina. 



Seperti biasa kami berhenti dahulu makan di restoran yang terkenal di sini iaitu Restoran Tasik Raban, yang menyediakan pelbagai menu Ikan bakar dan selera kampung termasuk ulam-ulaman. Selepas makan kami berehat sebentar di Masjid Lenggong bagi menunaikan solat Zohor.


Restoran Tasik Raman yang amat terkenal di kawasan ini. Pengunjung boleh menikmati ulam-ulaman dan ikan air tawar yang dibakar. Sangat enak!


Singgah dulu di Masjid Pekan Lenggong untuk solat Zohor...


Perjalan diteruskan lagi ke Lata Kekabu. Hutan Lipur Lata Kekabu terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Air terjun yang cantik kira-kira 50 meter tinggi dan sungai yang bersih mengalir di kawasan ini. Kawasan ini sesuai dikunjungi untuk bersiar-siar, berehat dan berkelah pada hujung minggu. Kemudahan tapak khemah, dewan serba guna, surau serta bilik mandi disediakan untuk kemudahan pengunjung yang ingin tinggal lebih lama atau untuk menjalankan berbagai bentuk aktiviti pendidikan, rekreasi dan riadah.



Makan dulu he he berkelah di Lata Kekabu...


Sesuai untuk anak - anak kecil bermain sungai sebab sungainya cetek...

Setelah berehat sambail menikmati juadah yang disediakan oleh ahli Kelab, kamipun bertolak balik ke Batu Gajah. Perjalan pulang agak mencabar kerana hujan turun selebat-lebatnya. Aku sampai ke rumah lebih kurang pukul 7 malam. Ok bye ini saja cerita buat kali ini. sampai jumpa lagi...:-)


Ha ha aku pun nak masuk jugak...:-)



2 comments:

  1. Salam bang. Sy ni dr KL. Sy dah fall in love dgn motor ni sejak survey2 cruiser yg berkualiti. Sy mmg dah nekad nak sambar satu by cash once bonus masyuk bulan 3 ni sbb malas nak jem kat kl ni. Cumanye, sy ni xpernah ade pengalaman bawak motor clutch tgn. Sementara tggu bonus masuk ni, nak mintak pencerahan drp org yg dah berpengalaman bawak motor Vulcan ni. Harap abg boleh share pengalaman dr segi maintenance, breakdown, repair cost mahal x, spare part mahal x, senang x nk cari s/parts, handling di tgh jem, handling di selekoh tajam, pengalaman memboncengkan penumpang, kat mane nak cari saddlebag mcm abg ataupun saddlebag yg lagi best ke, mahal x nak tukar tayar die, mcm mane nak bajet minyak, pengalaman eksiden dan ape2 lg la yg abg sudi share la. Sy dahulukan dgn ucapan berbanyak2 terima kasih atas pencerahan.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam,
    Kenapa saya beli moto ni sebab, kerana saiz saya yang tak tinggi, sesuai denga diri saya, kedua saya tak suka laju2 juast nak moto berkuasa yang senang saya nak kemana sahaja, kali pertama melihat motosikal ni suka sebab moto ni datang bersama sportrim yang cantik, tayar belakang yang besar sebesar vulcan 900cc, ( harga mungkin mahal) Kebanyakkan bahagian made in Japan, maintenance macam guna kereta, tukar minyak hitam dan filter dalam rm 140, insurance bawah rm1k tapi untuk tahun kedua hari tu dalam rm600++ sebab cover sampai rm18000, Kebetulan saya baru saja pulang dari penang, menunggang dalam keadan jem yang teruk, tapi ok jer handling moto ni masa jem, best, pernah juga naik cameron highland main selekoh best juga, tapi jangan laju ler, Paling best bawak motor ni main di jalan Batu Feringgi Penang, nikmat naik cruiser terasa. Pada saya, saya tak menyesal beli motosikal ni, tetapi terusik juga jiwa bila ramai kengkawan yang main superbike.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...