Wednesday, July 18, 2012

Jurufoto di Sekolah dan Photojournalism

Photojournalism merupakan satu cabang fotografi. Kita sering terbaca di majalah-majalah fotografi berkenaan bidang foto journalism. Malah trend terkini majalah fotografi mewujudkan ruangan khas yang berkaitan fotojournalism dan cerita-cerita tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Apa yang paling istimewa ialah mereka memperkenalkan kepada para pembaca wartawan-wartawan dan jurufoto-jurufoto yang membuat tugasan yang mencabar. Sebelum saya menceburi hobi dalam bidang fotografi semuanya ini hanya sekadar gambar semata-mata dan tidak memberi erti yang lain pada saya. Sekarang setelah celik dalam bidang foto ini barulah mata saya terbuka cerah dan selalu melihat sesebuah foto dalam majalah atau surat khabar secara terperinci dari segi sudut, bokeh, jalan cerita dan lain-lain.


    Anggota pancaragam berbaju kuning ini berlari mendapatkan ahli kumpulannya selepas mendapat tahu bahawa         rombongan Perdana Menteri telah hampir tiba : Perostiwa ini berlaku ketika lawatan Perdana Menteri Dato' Seri Najib ke Tanjung Tualang.

Apa itu Photojournalism?  Photojournalism boleh didefinisikan sebagai satu foto atau imej tunggal yang digunakan untuk menceritakan sesuatu. Biasanya imej yang digunakan dalam sesebuah berita. Gambar yang menceritakan kesengsaraan perang, bencana alam dan lain-lain. Mengikut pembacaan saya fotojournalism ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu kategori iaitu yang pertama ialah di mana imej digunakan untuk mengambarkan cerita dan jenis yang kedua ialah di mana imej digunakan untuk memberitahu cerita tanpa apa-apa perkataan. Satu imej tunggal boleh digunakan. Jika anda boleh menulis - berbuat demikian, ia akan menjadi satu kelebihan apabila anda menyerahkan sesetengah imej.


            Begitu semangat sekali anak-anak muda cina ini mempersembahkan tarian naga bagi menyambut Perdana   Menteri Malaysia : Gambar ini saya snap ketika lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Tanjung Tualang.

Sebagai guru di sekolah, telah banyak gambar-gambar program yang saya telah rakamkan melalui lensa saya dan saya tertanya-tanya apabila melihat kembali gambar-gambar  program ini. Adakah ia dikategorikan sebagai photojournalism? Kalau mengikut definisi di atas mungkin ya kerana gambar-gambar ini menceritakan peristiwa yang berlaku di sekolah seperti suasana hari sukan, ucapan, perasmian, penganugerahan sijil serta lain-lain lagi. Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti di sekolah yang saya snap dan  mungkin menceritakan sesuatu.

      Mungkin ada cerita yang menarik yang perlu disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PIBG En. Chang Chong Oi kepada wakil Menteri Dalam Negeri YB Dato' Lee Chee Leong sewaktu tiba bagi  merasmikan sukan ke-40.

Bidang photojournalism adalah satu cabang fotografi yang mencabar dan menyeronokkan kerana kita perlu ada objektif dan tugasan tertentu bagi mendapat satu- satu gambar. Jika kita hendak berjaya dalam bidang ini  mungkin salah satunya kita perlu berani dan sanggup bekorban. Berani pergi ke tempat-tempat yang berbahaya semata-mata untuk tugasan seperti kawasan peperangan dan kawasan tunjuk perasaan. Pada demontrasi BERSIH yang lalu seorang jurugambar cedera teruk di belasah dan seorang jurugambar kita telah terbunuh di Somalia. Ya itulah yang saya maksudkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...