Thursday, January 26, 2012

Senja dan "Silhouette"...

Cuti Tahun Baru Cina yang lalu sempat juga layan memancing di Ban Pecah Tanjung Piandang. Tanjung Piandang terletak di antara Kuala Kurau dan Parit Buntar mengadap Selat Melaka yang luas. Para pengunjung yang datang ke sini biasanya untuk memancing dan ada juga yang melepak untuk melihat matahari terbenam. Oh ya di sini juga banyak gerai-gerai dibangunkan oleh penduduk tempatan, ada yang menjual rojak,charkoeyteow, kerang rebus dan macam2 lagi. Di kesempatan ini ada juga aku shoot beberapa kali ketika matahari terbenam tetapi masa sangat singkat kerana matahari agak terlindung disebalik awan. Sempat juga shoot dengan teknik 'Silhouette' dimana latar background cerah tetapi objek gelap. Di bawah ada bebera keping gambar yang disnap bleh la  setakat nak layan nak kata bagus pun ndak juga.... 

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ok memang syokk layan kamera waktu matahari terbenam nie...waktu "magichours" bak kata ahli2 fotografi...:-)

Shoot Gambar Serangga

Sebenarnya jiwa aku sangat terarah kepada fotografi makro. Tapi sehingga hari ini masih belum dapat shoot gambar yang memuaskan hati. Ini mungkin disebabkan peralatan kamera aku yang masih belum canggih kut. Emmm kalau nak shoot gambar makro eloklah beli lens makro kerana lens jenis ini berupaya memfokus objek kecil dengan lebih terang dan tajam. Apa-apa pun aku shoot hanya sebagai hobi dan untuk membuang tension setelah penat bekerja. Selain daripada itu ia juga  dapat mengasah bakat aku dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran aku.

Contoh lens Makro..harga agak mahal 

ini lens yang aku guna, murah sebab tidak ada VC...auto fokusnya agak lambat, tapi aku puas hati juga pakai lens nie..


Photobucket
Petang di rumah lepak dengan anak-anak tiba-tiba ternampak sarang semut dan seekor lebah sedang menggorek pasir mungkin untuk membuat sarangnya. Kesempatan ini aku ambil untuk shoot gambar makhluk ciptaan Allah yang hebat ini. Di bawah adalah gambar yang berjaya aku snap untuk hari ini, eemmm nampaknya ada kemajuan dari yang lepas-lepas tapi masih memerlukan tunjuk ajar lagi...

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Ok sekian untuk kali ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...