Saturday, July 23, 2011

Kamera Termahal

Mak aihhh..dari segi rupabentuk nampak simpel jer tapi bila tengok harga terkejut. Ini lah dia antara kamera yang paling mahal kut harga dia dalam RM100,000. Bagi aku mahal la, tapi kalau kerabat diraja, dato' datin ker mungkin murah hehe. Apa2 pun kita sebagai pengguna perlu berfikiran waras. Walaupun kita memang minat bidang fotografi tahap takat didih air tapi jangan la beli kamera yang mahal macam ni. RM100,000 bleh beli banyak kamera yang canggih lengkap dgn aksesori yang lain. Tapi adalah lebih baik kita simpan RM100,000 dalam ASB ker dan sebagainya. Jangan habiskan RM100,000 utk kamera sahaja. Itu bodoh! namanya..:-)

Photobucket

ha ha sumber kali ini facebook Digital Camera..ok chau..

KAYUHAN XPLORASI AGRO BIKE 2011

Alhamdulillah dapat jugak join Xplorasi Agrobike Seberang Perak pada 25 Jun yang lalu. Dah lama dah bulan Jun hari tu tapi disebabkan malas2 kucing, tu yang lambat posting bab2 kayuhan ni. Ok jauh trek hari kurang lebih 45km ( ikut meter beskal aku ) jalan berbatu ditepi2 lereng sawah padi yang luas. Cuaca kering dan jalan berbatu yang berhabuk menjadi cabaran yang terhebat. Ketika kayuhan terasa perit sebab debu2 jalan. Bermula dengan laju dan akhirnya semakin perlahan dan perlahan. Itulah sedikit sebanyak pengalaman aku berkayuh dalam Xplorasi Agrobike ni. Walaubagaimanapun program ini berjalan dengan baik sekali, orang2 tempatan di sini memang baik dan ramah tamah, sepanjang perjalanan terdapat post yang menyediakan pisang, air tebu dan air asam boi. Memang berbaloi sampai perut aku kembong dengan air tebu. Mana idaknya kemanisan air tebu di sini hanya orang yang minum sahaja yang tahu betapa sedap rasa dia. Di penghujung cabutan bertuah no aku kena pada cabutan ke 36 dapatlah aku bawak balik tayar yang agak baik kualitinya. Ok kepada penganjur tahniah kerana program ini berjalan dengan baik.

Photobucket
garisan permulaan

Photobucket
antara peserta yang berkayuh

Photobucket
tengok pisang dan mineral water banyak kan sampai kembong perut kitaorang

Photobucket
di checkpoint kedua

Photobucket
fuhh dah pancit..

okey babai..:-)

Friday, July 8, 2011

Custom Album..Adobe Photoshop CS3

Cuti sekolah yang lalu sempat juga aku ciduk ilmu baru dari abang ipar aku. Belajar macam mana nak buat custom album menggunakan perisian adobe photoshop CS3. Custom album ni popular bagi jurugambar perkahwinan. Mereka selalu hasilkan custom album yang diprintkan dalam bentuk buku gambar2 pengantin. Semengnya ia amat menarik jika hendak dibandingkan dengan album gambar biasa. Namun kos untuk menghasilkannya agak tinggi. Sebelum aku buat custom album aku, aku selidik dulu berapa harga dia, kata cina kedai gambar tu custom album yang selalu dia bikin adalah saiz 8 x 12 inci. Kalau semua dia buat harga dalam RM190 sebanyak 10 muka surat. Kalau kita buat sendiri dan suruh dia printkan sahaja, dia ambil RM5 bagi satu page. Jadi 10page x RM5 baru kos dia dalam RM50. Custom album semakin mendapat tempat bagi pasangan2 pengantin baru kerana ianya sangat unik dan comel, menarik tambah2 lagi kalau jurufoto mengedit gambar dengan baik. Kalau ada yang berminat buat cusom album carilah peluang untuk belajar. Kalau dah ada asas photoshop ianya senang sahaja. Kalau rajin mungkin boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Ok kat bawah ni ada la 2, 3 page yang aku dah buat utk simpanan peribadi aku.

Photobucket
masa tengah buat.

Photobucket
Muka hadapan dan belakang

Photobucket
page 1

Photobucket
page2

Photobucket
page3

Photobucket
page4

Photobucket
page 5

oklah aku pun baru jer belajar..kalau salah tolong tunjukkan...he he bye..bye..:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...