Wednesday, May 18, 2011

Kayuhan Dalam Gelap Malam.

Isnin malam Selasa, kebetulan hari Isnin 16 Mei 2011 adalah hari guru dan hari Selasa pula cuti umum sambutan Hari Wesak ada kawan dari BGR yang mengajak berkayuh waktu malam. Pada mulanya rasa macam malas tapi bila tanya si Arip dan Pejal mereka memberi respon yang baik terus ada semangat. Apa lagi terus la buat persiapan untuk kayuhan waktu malam. Apa yang penting adalah keselamatan. Basikal mesti dilengkapi dengan lampu hadapan dan belakang, selain itu tiub spare dan pump. Kayuhan kali ini disertai oleh team BGR dan group kami CMYCT ( CMY Cycling Team ). Bagi group BGR mereka berkayuh sebab nak makan steamboat, manakala group kami plak hanya sekadar sebagai acara sambutan hari guru. Kayuh beramai-ramai di waktu malam memang best tak letih sangat walaupun jarak kayuhan yang jauh. Pada malam kayuhan cuaca agak kurang baik hujan renyai2 tetapi tidak lebat. Kayuhan bermula dari Taman Batu Gajah Perdana, Kg Sungai Terap, Taman Jutaria, Station 18 dan balik semula ke Batu Gajah Perdana. 

Photobucket
semasa tengah berkayuh


Photobucket
asyiknya berkayuh ramai-ramai


Photobucket
dah sampai ke destinasi kedai makan steamboat tepi Tesco Station 18


Photobucket
bersembang dan berborak sambil melepaskan penat


Photobucket
bab2 bergambar mesti punya...


Photobucket
yah baikkk punya...


Photobucket
sebelum berkayuh balik peluang bergambar ramai2 tidak dilepaskan, terima kasih pada juru gambar dan abang2 riders kerana kayuhan malam berjalan baik.

ok bye..bye :-)

Tuesday, May 17, 2011

Kayuhan Rakan COP Polis Bersama Masyarakat

Alhamdulillah, dapat juga sertai Funride Kayuhan Rakan COP, IPD Perak Tengah Seri Iskandar. Ternyata penyertaan kali ini memberikan satu pengalaman yang baru pada aku dan kawan2 sekayuhan. Bermula pada jam 6.50 pg dah keluar dari rumah ke IPD yang terletak di Seri Iskandar. Sampai saja di tempat yang dituju kelihatan sudah ramai peminat2 MTB dah pun bersiap sedia dengan basikal masing-masing. Suasana pemandangan sekitar ruang pakir sangat sibuk dengan riders2 yang mengambil bahagian. Treck kayuhan kurang lebih 30km bermula dari Seri Iskandar. Sepanjang laluan pelbagai halangan ditempuh dan sudah pastinya amat mencabar. Walaupun funride jer tapi treck memang best, nasib baik aku guna hydrationbag kalau tak mampus aku nak bertahan. Balik rumah memang rasa sakit kepala sebab cuaca sangat panas. Layan jer la gambar2 di bawah yang sempat aku download dari facebook. Terima kasih kepada semua jurufoto yang rajin snap gambar sepanjang kayuhan berlangsung.
Photobucket
Tempat permulaan, para riders menunggu saat untuk dilepaskan.

Photobucket
bersama Yusri


Photobucket
memohon doa agar perjalanan selamat pergi dan balik


Photobucket
antara halangan yang ditempuh, kawasan belukar dengan single treck.


Photobucket
ni lagi satu cabaran, ramai riders yang kurang pengalaman sangkut dekat sini


Photobucket
penat gilerrr dah sampai terduduk aku. Dua orang yang berdiri tu kategori warga emas tapi masih bersemangat


Photobucket
checkpoint ke-2 setelah 20km kayuh dari IPD. Disambut oleh masyarakat orang asli


Photobucket
ketika berehat di checkpoint 2


Photobucket
ha ha para riders


Photobucket
saat berlepas dari checkpoint 2

Photobucket
ada juga pic aku hehe

okey sampai sini dulu posting aku kali ini..jumpa lagi :-)


Monday, May 9, 2011

Kalau ada DSLR mesti tahu Adobe Photoshop

Bukan semua gambar yang kita snap menjadi dengan baik, terutama sekali bagi orang yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi macam aku ni. Namun begitu dari bacaan dalam majalah-majalah fotografi didapati  jurugambar profesional pun masih menggunakan perisian mengedit gambar untuk menambah baik lagi kualiti gambar yang dihasilkan. Bagi aku perisian yang paling baik ialah Adobe Photoshop. Aku belajar perisian ini sendiri-sendiri jer dari you tube dan majalah-majalah. Namun disebabkan minat yang mendalam dalam bidang ini belajar photoshop menjadi mudah. Memang aku teruja sangat dengan perisian ini hingga ada kawan2 yang mencadangkan perisian lain namun tak pula aku rasa nak mencuba. Kepada pembaca yang berminat dengan fotografi eloklah belajar perisian ini. Ada juga kursus-kursus photoshop tapi yuran yang dikenakan agak mahal. Walaupun mahal ilmu yang kita dapat akan digunakan sepanjang hayat dan amat berguna pada kita. Di bawah ada beberapa gambar yang aku dah edit. Tak cantik macam profesional tapi sudah cukup untuk aku. Memang aku dalam proses meningkatkan lagi pengetahuan dalam mengedit gambar. Okey layan jer lah...

Photobucket
Ini gambar asal, gambar ni dah cantik namun objek di tengah dan gambar lelaki seluar pendek di belakang kelihatan menganggu...


Photobucket
Ini gambar yang dah diedit, objek aku letak di tepi, background digelapkan dan gambar lelaki di belakang dinyahkan, tambah sedikit efect lensflare...ada bayak lagi teknik tapi tak ingat.


Photobucket
Gambar asal : Apa yang kurang dengan gambar ni??


Photobucket
Lighting dan sephia bagi nampak kuning skit..


Photobucket
Gambar asal : dua ekor serangga yang bercamtum, banyakla kelemahan dekat pic nie


Photobucket
corp objek serangga ke penjuru gambar dan masukkan text


Photobucket
Gambar asal : agak blurrr sebab lighting dan tangan goyang, objek terlalu jauh


Photobucket
corp objek menjadi lebih dekat, masukkan kesan lensflare dan text


Photobucket
Gambar asal : gambar ini diambail menggunakan teknik long exposure tak sempat nak possing gambar tak jadi.


Photobucket
Ini shoot kali ke-2 tapi objek agak jauh maklumla pakai timer jer. aku gabungkan kedua-dua gambar menjadi seperti di bawah


Photobucket
corp menjadi lebih dekat dan main layer di photoshop

Kepada semua cuba-cuba la belajar edit gambar memang best dan megujakan. Sekian dulu untuk posting kali ini...bye :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...