29 Jan 2011..Aku, Arip, Rizal dan Pejal telah berkayuh santai dari Batu Gajah ke Seri Iskandar. Jarak yang dicatat kali ini ialah 40KM pergibalik.Mula kayuhan pukul 8.15 pagi sampai ke tempat yang dituju pukul 9.20pg..sampai saja pa lagi cari kedai mamak tambah kalori laa. Kayuhan kali ini boring sikit kerana tak mencabar sebab jalan landai tiada bukit langsung. Namun nikmat crank baru shimano deore yang baru diupgrade memang terasa berbaloi. Kayuhan menjadi lembut dan mantap, memang syokk. Arip pulak habis rm700 bulan nie sebab upgrade crank cam aku dan brek hidrolik. Aku pun nak ikut macam dia tapii shoooo....jangan sampai bini aku tauuu...
Monday, January 31, 2011
Wednesday, January 19, 2011
Kayuhan Hutan Simpan Kekal Keledang Saiong
Sabtu 17 Jan 2011. Pengalaman baru dalam Sukan MTB, ikut geng-geng Batu Gajah Riders masuk jalan "offroad" ke Hutan Simpan Kekal Keledang Saiong yang terletak di Pusing, Batu Gajah Perak. Masa mendaki bukit terasa amat perit kerana bentuk muka bumi yang agak curam dan akar-akar kayu agak besar, Aku hampir-hampir nak masuk ke gaung sebab tiba-tiba masa kayuh, padel tersangkut dekat akar kayu yang besar, nasib baik sempat membrek dan menahan dengan kaki. Perasaan amat teruja apabila membuat "downhill" dekat "offroad" hanya orang-orang yang bergiat dalam sukan MTB jer tahu perasaan syoknya bukan kepalang. Sampai sekarang dah rasa macam ketagih pulak. Apa-apapun aku nak join lagi bila diajak...minatttt sesangat hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)