Friday, October 29, 2010

Mountain bike ( Basikal gunung )

Sejak dari bangku sekolah lagi aku begitu tertarik dengan mountain bike. Kalau ada kawan-kawan sekolah yang pakai basikal jenis ni memang membuatkan aku jeles tak terhingga. Emm takper lah mereka kaya. Sebab dulu basikal jenis macam ini memang mahal dan tak mampu nak beli pun. Kalau mintak dekat ayah aku ( arwah ) senang jer ayat dia belajar pandai-pandai nanti dapat kerja bagus gaji banyak semua boleh beli...kata-kata itu aku pengang memang betul pada masa ini umur aku 32 tahun aku memang dapat apa yang aku nak..formula dia senang sahaja belajar pandai-pandai nanti dapat kerja bagus gaji banyak.

Dekat bawah ini mountain bike milik aku. Baru sahaja beli kerana minat dalam sukan berbasikal yang semakin popular di Malaysia sekarang nih. Harga murah jer bukan aper tujuan utama nak berbasikal sambil menguruskan badan. Kalau ada mana2 jamboree join sekadar nak cari pengalaman jer..support kawan2 lain...


Photobucket

Mountain bike jenis Merida Matts series. Aku gelar dia "Merida the white".

Photobucket

Pandangan belakang sistem kelajuan 8 speed. Cina tu kata aku ketinggalan zaman orang dah pakai 9 atau 10 speed..budget maa kalau ikut lu lari budget saya maa...


Photobucket

Sistem kelajuan jenis Shimano Acera..mana-mana basikal semua jenama Shimano..ada jenis biasa dan ada jenis yang baik. Biasala yang baik mestilah mahal...

Photobucket

Rantai kuasa..


Photobucket

Sistem brek hadapan. Discbreak lebih efektif jika tayar basah atau berlumpur...


Photobucket

Sistem brek belakang...


Photobucket

"MERIDA THE WHITE"

Monday, October 11, 2010

TUTORIAL : Snap objek bergerak pantas

Layan jer Mat Salleh botak ni. Jasanya sangat besar pada aku yang baru nak belajar bidang fotografi ni. Tak payah pergi kursus tengok kat sini pun dah ok kut. Penerangan dia juga cukup jelas dan bersemangat. Video berkualiti memang baik dan amat berguna untuk kita..:-)

Minat fotografi belilah SLR!!

Sunday, October 3, 2010

Lepak-lepak tepi airport

Hujung minggu ni aku berkesempatan pergi ke subang rumah abang ipar aku. Dia pun minat juga dalam bidang shoot-shoot gambar nih. Samer la macam aku..:-). kali ni pergi tepi airport sebab nak snap gambar kapal terbang landing. Tengah2 panas tunggu kapal terbang adala dua tiga biji yang landing, tapi yang besar sekali firefly la yang lain semua kecik-kecik tak nampak.

Photobucket

Sementara menunggu kapal terbang sampai sempat la jugak sembang pasal rule of the third. Katanya objek tak semestinya di tengah, di tepi pun boleh juga. Patung nih terletak atas deskboard viva.

Photobucket

Datang dari jauh, tak nampak lagi bodi kapal terbang jenis apa nih...


Photobucket

Ohh firefly rupanya..ingat charlie milik TUDM tapi firefly yang tiba...

Photobucket

Yah dah semakin dekat..yahooo ..bestnyer..


Photobucket

Ini tercepat plak timing tak betul cepat sangat snap...tapi oklah bagi insan yang baru macam aku..


Photobucket

Yess dah sampai...

hehe best sungguh shoot gambar tepi airport nih...ada lagi kapal terbang yang kami shoot tapi kecik so objek tak berapa cantik. Semua pic nih tak pakai tripod ..so tak boleh nak main dengan shuttle speed...lain kali kalau berpeluang nak datang sini lagi.syokk ooo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...